Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 21, 2022 @ 6:00pm

Lana Nodin Balik Malaysia Buka Kedai Bakeri, Rita Rudaini Tanya “Tak Vaksin Macam Kami Boleh Masuk Ka?”

Pelakon Lana Nodin yang sudah kembali ke Malaysia kini dalam perancangan untuk merasmikan pembukaan gudang bakeri yang bakal dibuka tidak lama lagi.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Lana memberitahu dia teruja untuk melancarkan gudang jualan bakeri terbesar bertempat di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lana Nodin❤️David Mckienzie (@lananodinmckienzie)

“Dengan rendah diri, @lanabakeryland coming soon… very very soon pada bulan ini. So bakers harap bersabar, kita akan launch wholesale bahan bakeri milik bumiputra pertama di Malaysia yang terbesar area Kota Damansara.

“Bukan saja bahan bakeri malah kita ada ready make roti-roti dan pastry untuk mereka yang nak rasa produk dari air tangan Lana, One Stop Center, ‘Where Everyone Can Bake’, Bismillah,” tulisnya.

Sementara itu, rakan artis, Rita Rudaini turut meninggalkan komen di hantaran tersebut dan mengajukan soalan sama ada golongan yang tidak mengambil vaksin COVID-19 sepertinya dibenarkan masuk.

“Yang tak vaksin macam kami boleh ka masuk kedai hang? Ke hang nak sangkut singboard depan kedai ‘Hanya Yang Berdose Dose Sahaja Dialu-alukan?” tanya Rita.

Komen Rita tersebut dibalas oleh Lana yang menjelaskan bahawa kedainya tidak mengamalkan diskriminasi terhadap segelintir golongan yang tidak mengambil vaksin COVID-19.

Malah, Lana juga amat mengalu-alukan kedatangan semua individu ke kedai bakerinya.

“Hampa rezeki tak salah alamat… kun fa ya kun.. anyway Cik Rita kedai kami tak amalkan diskriminasi, semua orang dialu-alukan.

“Vaksin ke tak, boost ke tak boost ke semua dijemput datang..rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.

“Anyway kami memang masih sendu sebab tak banyak keluar TV,” tulisnya berseloroh membalas komen Rita yang mengusik artis ‘sendu’ seperti Lana boleh membuka kedai bakeri.

Pada penghujung tahun lalu, pelakon yang bernikah dengan pemain bola tampar Amerika Syarikat (AS), Mohd Daud McKinzie ini memaklumkan mereka sekeluarga telah pulang ke negara asal suaminya dan dikatakan mahu terus menetap di sana.

Apapun, hantaran yang dimuat naik oleh Lana meraih perhatian orang ramai yang turut mengucapkan tahniah di atas kejayaannya dan mendoakan agar perniagaannya dipermudahkan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 3 Nov 2024
Hiburan Wed, 27 Nov 2019
Trending Thu, 27 Sep 2018

如果《复仇者联盟》英雄们是韩国人?索尔「韩服高丽王」帅爆啦!

《复仇者联盟》英雄们除了带给影迷许多刺激,也激发了许多人的绘画灵感!一位来自韩国的画家匡光创作了以「化身为韩国人」的《复仇者联盟》英雄们的一系列作品,画风让让人感到耳目一新。

Trending Hari Ini Tue, 19 May 2020
Featured Mon, 21 Mar 2022
Hiburan Mon, 5 Nov 2018

Penyanyi Ddu-Du-Ddu-Du Datang KL 23 Februari 2019

Wohooo…siapa kat sini excited macam we all? Tak sabarnya!

Events Wed, 31 Aug 2022

Terpaling Juara: Di Pintu Syurga Didakwa Sumbang, Netizen Syak Air Mata Gimik Murahan.. Ini Penjelasan Ifa Raziah!

Bak kata Kak Ifa, bila ingat ibu bapa automatik akan mengalirkan air mata😭😭😭

error: Content is protected !!