Featured By: tex_admin January 8, 2018 @ 8:41am

7 Kesilapan Semasa Mencuci Rambut Yang Anda Selalu Lakukan

“Eh apasal rambut aku masih kasar dan gatal, padahal baru sahaja basuh dan syampu malam tadi? Masuk ni dah banyak kali tukar syampu tapi masih tak jumpa yang sesuai. Tak tahulah ni masalah syampu atau rambut aku. Apa cara mencuci rambut yang betul ye sebenarnya?”

Tahukah anda berkemungkinan cara mencuci rambut yang anda lakukan setiap hari adalah tidak tepat? Sebab itulah tanpa disedari, teknik basuhan yang anda sering lakukan menyebabkan rambut menjadi kurang bermaya dan berseri.

Mungkinkah anda biasa melakukan salah satu daripada 7 kesilapan ini?

7 KESILAPAN SEMASA MENCUCI RAMBUT YANG KITA SELALU BUAT

Menurut pakar rambut terkenal New York dari Nunzio Saviano Salon, Nunzio Saviano dan pewarna rambut popular dari Oscar Blanc Salon iaitu Kyle White, terdapat beberapa kesilapan dalam cara mencuci rambut yang sering dilakukan.

Antaranya adalah:

1. RAMBUT BELUM CUKUP BASAH SEBELUM DI SYAMPU

Basahkan sekeliling rambut sebelum meletakkan syampu di rambut. Sebaiknya guna air suam kerana air yang sedikit panas ini akan membuka kutikel yang membolehkan semua kotoran melekat pada rambut tertanggal. Ia juga menanggalkan minyak pada kulit kepala serta membuka kutikel agar zat dalam perapi boleh meresap ke dalam kulit.

2. ABAIKAN PENGGUNAAN PERAPI

Siapa kata perapi (conditioner) tak penting? Ia sangat membantu melembutkan rambut, terutamanya yang panjang. Jika rambut anda melepasi bahu, sapu perapi pada hujung rambut dan biarkan seketika sebelum membilasnya. Zat dalam perapi akan lindungi hujung rambut daripada menjadi cepat kering dan rosak . Selepas itu baru syampu satu kepala.

3. SYAMPU TAK SAMPAI KE KULIT KEPALA

Rambut yang berada di sekeliling kulit kepala adalah bahagian yang paling berminyak manakala rambut bahagian hujung adalah yang paling fragile. Jadi sebaiknya syampu bahagian kulit kepala sahaja.

4. GUNA TERLALU BANYAK SYAMPU

Disarankan agar mengguna syampu sebesar duit syiling pada tapak tangan untuk mencuci rambut. Jika anda berambut panjang ataupun memiliki rambut yang tebal, boleh mengguna dua kali daripada jumlah itu.

5. SYAMPU DENGAN KASAR

Ada yang akan menggosok kepala dengan kasar dan menggunakan kuku yang tajam dengan harapan dapat menanggalkan semua kotoran atau kelemumur. Tapi, cara ini salah kerana ia boleh mengusutkan rambut. Apabila rambut menjadi kusut, ia sukar dileraikan dan hasilnya rambut mudah gugur.

Sebaliknya, urut kulit kepala dari atas ke bawah perlahan-lahan dengan hujung jari. Ini dapat meningkatkan pengaliran darah ke kulit kepala secara tak langsung menggalakkan pertumbuhan rambut.

6. SYAMPU LEBIH DARIPADA SEKALI

Ini memang satu mitos yang sering didengari iaitu untuk menghilangkan minyak, perlu syampu dua kali. Sebenarnya, satu kali syampu sahaja sudah memadai untuk membuang segala kotoran dan minyak yang terkumpul pada rambut kecuali anda baru sahaja selesai menyertai aktiviti ekstrim serta lasak.

7. BILAS SYAMPU DENGAN AIR PANAS

Jika tadi anda menggunakan air panas untuk mula membasahkan rambut, lain pula caranya untuk membilas. Air sejuk akan menutup kutikel dan lapisan luar kulit kepala menjadikan rambut nampak segar dan berseri.

AMALKAN CARA MENCUCI RAMBUT YANG BETUL

Sekarang, pastikan anda mengikuti teknik dan cara mencuci rambut yang betul. Tentu anda akan dapat merasakan perubahan yang ketara terhadap kualiti rambut anda. Pemilihan syampu yang bersesuaian juga dapat memastikan rambut anda cantik berseri dan kekal lembut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 22 Apr 2021

“Tidak Bersentuhan” – Amyra Rosli Hormati Pendirian Saharul Ridzwan & Izzue Islam

Pelakon popular, Amyra Rosli mengakui imejnya yang kini bertudung tidak menghalang beliau daripada terus berlakon. Ketika ditanya sekiranya beliau meletakkan syarat dan batas untuk tidak bersentuhan berlakon bersama dengan pelakon lelaki, Amyra mengakui suaminya, Amar […]

Featured Tue, 14 Sep 2021

Kerajaan Selangor Benarkan Majlis Akad Nikah Mulai Esok

Kerajaan Selangor bersetuju membenarkan pelaksanaan majlis akad nikah bertempat di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Pejabat Agama Islam Daerah dan masjid mulai esok. Menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi JAIS, majlis itu boleh dilangsungkan setiap […]

Gaya Hidup Tue, 27 Nov 2018

Ayuh Sejenak Membaca Kisah Ini Bersama Anak Anda, Agar Mereka Tahu Betapa Bertuahnya Mereka

Sedih melihat foto seorang kanak-kanak dipukul oleh majikannya hanya kerana dia keletihan. Kejamnya dunia!

Featured Sun, 30 Apr 2023
Featured Mon, 18 Oct 2021

KKM Mahu Bersemuka Dengan Kumpulan Antivaksin

Susulan kes kumpulan antivaksin, Kementerian Kesihatan (KKM) bercadang untuk bersemuka dengan kumpulan antivaksin bagi memberi fakta dan penerangan  berdasarkan kajian klinikal yang sahih. Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, perjumpaan tersebut perlu […]

Featured Mon, 12 Sep 2022
Events Fri, 1 Apr 2022
Featured Thu, 23 Sep 2021