Categories: FeaturedGaya Hidup

Ammar Titan terima balasannya setelah mencuri piza Sherry Al-Hadad, padan muka!

Ada-ada sajalah Ammar ini!

Jika anda mengikuti rancangan game show Jom Kejar Bersama Panasonic, anda pasti tahu yang kedua-dua nya sering mencuit hati penonton dengan gelagat lucu mereka.

Riuh-rendah jadinya di set pengambaran apabila Sherry Al-Hadad dan Ammar Titan tidak berhenti daripada mengusik satu sama lain.

Aksi lucu mereka dapat dilihat menerusi video sebalik tabir bagi rancangan siaran TV3 ini yang berlangsung setiap Khamis pada jam 6.30 petang.

Bagi minggu pertama, Ammar didapati telah mencuri sekeping piza kepunyaan Sherry yang disorok di dalam ketuhar Big Cubie Oven Panasonic.

Pada minggu ini pula, Ammar seolah-olah mendapat balasannya! Jom tonton video di bawah untuk mengetahui apa yang berlaku.

Program Jom Kejar Bersama Panasonic adalah hasil kerjasama antara Media Prima Berhad dengan pengeluar barangan elektronik Panasonic.

Setiap minggu, dua pasangan akan berentap untuk memenangi gelaran juara. Pelbagai hadiah lumayan iaitu barangan Panasonic turut menanti pemenang. Hadiah utamanya bernilai lebih RM30,000!

Dalam video tadi, mungkin anda nampak pengering rambut yang digunakan Sherry untuk mengeringkan baju dan rambut Ammar.

Menurut Ammar, dia tidak berasa panas langsung ketika Sherry mengeringkan rambutnya menggunakan alat berkenaan. Biar betul? Pengering rambut mana yang tidak mengeluarkan angin panas?

Untuk makluman, pengering rambut itu produk keluaran Panasonic, iaitu nanoe™ & Double Mineral Hair Dryer.

Ternyata pengering rambut itu bukan produk biasa kerana bukan saja mengering, tetapi pada masa yang sama juga menghidratkan kulit kepala serta rambut anda.

Produk terbabit diperhebatkan dengan teknologi nanoe™ yang kaya dengan lembapan. Hasilnya, rambut anda akan tampak bersinar dan lembut serta kulit kelapa tidak akan kekeringan.

Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk penjagaan kulit muka. Jangan risau, kulit anda akan kekal lembap dengan adanya nanoe™.

Teknologi Double Mineral pula melindungi rambut anda daripada geseran akibat menyikat dan  sinaran ultra-ungu.

Anda berminat? Maklumlah, Hari Raya akan menjelma tidak lama lagi, mestilah anda ingin tampil jelita dan kemas, bukan?

Jika anda ingin memiliki satu unit pengering rambut ini atau ingin tahu dengan lebih terperinci mengenainya, klik pada gambar di bawah.

                                                                       Sponsored Ad

Ad Ops