Categories: Featured

Anak Ini Kongsi Kisah Bapanya Dapat Ijazah Pada Umur 69 Tahun

Betullah orang kata, kalau nak menimba ilmu tak kira usia, dari muda sampai ke tua anda boleh mencari ilmu yang tiada kesudahannya! 

Sekarang ini, kalau anda perasan kat laman sosial ramai yang berkongsikan foto-foto graduasi mereka. Biasanya, dah nak penghujung tahun inilah bulan yang dipilih untuk majlis konvokesyen oleh universiti mahupun kolej. 

Baru-baru ini, seorang gadis telah berkongsikan kembali tentang kisah bapanya yang menerima ijazah pada usia 69 tahun. Perkongsian gadis ini, Onny Hazwani di laman Facebooknya ternyata trending dan menjadi inspirasi kepada golongan muda di luar sana. 

Menurut posting tersebut, pada usia muda, ayahnya tidak berkesempatan untuk belajar tinggi kerana keadaan ekonomi yang tidak mengizinkan. Jom kita baca kisah kejayaan seorang bapa kepada 5 orang anak dan 12 orang cucu ini.

Daftar program ijazah jarak jauh untuk warga emas

Ayah bukanlah seorang ‘computer literate

Umur bukanlah penghalang

Semoga kisah ini memberi inspirasi kepada anda supaya tidak pernah berputus asa dalam menimba ilmu. Tiada istilah ‘sudah terlambat’ untuk sambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi, yang penting usaha dan minat anda sendiri untuk memajukan diri dalam kehidupan.

Sumber: Facebook

tex_admin