Categories: FeaturedGaya Hidup

Apa Anda Perlu Buat Bila Duduk Berhampiran Dengan Budak Banyak Ragam Di Dalam Kapal Terbang

Kalau anda kerap menaiki kapal terbang, memang tak sah kalau anda tak duduk berdekatan dengan ibu bapa yang mempunyai anak kecil. 

Kalau kanak-kanak itu tahu duduk diam, tak apa lagi. Tapi kalau mereka jenis yang merengek, meraung atau gemar mengganggu ketenteraman kapal, memang anda akan runsing! Tapi biasa lah budak-budak kan, memang benda normal lah. 

Foto: www.lonelyplanet.com/

Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh Harris Interactive, 37 peratus penumpang lebih sanggup duduk di sebelah orang dewasa yang berbau badan daripada duduk sebelah bayi yang menangis.

Jadi, apa yang anda boleh buat jika pengalaman travel anda jadi tak seronok disebabkan budak-budak ini?

Kalau budak itu masih seorang bayi, bersimpati jelah dengan ibu bapanya. Besar kemungkinan mereka tak dapat nak control anak mereka, jadi nak marah pun tiada gunanya. Sebaliknya, gunakan ear plugs atau noise-cancelling headphones. Aman dunia anda.

Namun, anda memang tak boleh nak ignore apabila budak di belakang anda tak henti-henti menendang seat anda. Annoying!

Foto: www.noticiasaominuto.com

Kali ini, anda memang berhak untuk bersuara. Seorang pramugari mengesyorkan anda bercakap terus dengan budak tersebut.

“Budak tu akan lebih prihatin dan mendengar cakap jika dia ditegur oleh seorang yang tak dikenali.”

Jika ia  masih tak berkesan, cuba menegur ibu atau bapanya. Sesetengah orang dewasa tidak bertimbang rasa langsung dan tidak menghiraukan perangai anak mereka. Itu sebabnya anda perlu berbincang dan bercakap elok-elok supaya mereka memahami masalah anda.

Foto: www.news.com.au

Kalau masalah ini tak juga settle, barulah minta tolong pramugara atau pramugari sebelum ia melarat. Lagipun, kebanyakan kapal terbang juga selalunya diisi dengan buku mewarna atau barang mainan untuk kanak-kanak.

Ataupun mungkin anda bertuah bila ada seat yang kosong di tempat lain. Kalau tak ada pilihan dan anda masih tak tahan dengan bunyi bising, lain kali belilah tiket Business atau First Class.

Kalau tak cukup bajet, sabar jelah ye?

Sumber: www.travelandleisure.com

Ad Ops