Featured By: tex_admin April 24, 2018 @ 12:24pm

Ariani Lancar Koleksi Lebaran 2018. Amboi! Sakan Mira, Ayda Dan Bella Joget Bollywood

Jenama skaf dan busana Muslimah terkenal, Ariani semalam telah melancarkan koleksi Ariani Luminous Lebaran 2018 khusus buat wanita sempena Aidilfitri yang akan muncul tidak lama lagi. Mungkin jenama Ariani ini antara jenama kegemaran anda kan? Semalam bertempat di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC), penulis telah menyaksikan sendiri pertunjukan fesyen Ariani yang menampilkan 60 koleksi hijab yang cukup cantik dengan kombinasi warna, material dan cetakan yang lebih unik dan elegan.

Menariknya, terdapat juga 10 koleksi hijab diperkenalkan yang merangkumi selendang, tudung segera dan bawal bersempena kolaborasi dua drama arahan Michael Ang iaitu Hati Seorang Perempuan dan Pengantin Salju. Semua koleksi hijab tersebut akan dijual pada harga bermula Rm69. Harga yang mampu milik kan?

Selain itu, Ariani juga telah melancarkan 30 koleksi Ariani Luxe iaitu koleksi hijab premium yang mendapat sentuhan artisan mahir dengan penggunaan perincian renda dan batuan Swarovski eksklusif yang terdiri daripada rekaan selendang, turban dan inner. Jom kita lihat sekitar peragaan koleksi hijab Ariani ini.

Kalau dah beli tudung mesti nak beli baju raya pulak kan? Anda jangan risau, Ariani juga telah melancarkan 30 daripada 70 rekaan terbaharu koleksi Glam Lebaran by Ariani RTW yang merangkumi kurung moden polos, kurung bercorak moden dan jubah daripada pelbagai variasi warna pastel dan terang. 

Menurut Pengarah Pemasaran Ariani Textiles Manufacturing Sdn. Bhd, Datin Farah Haryani Muhammad Philip, kesemua koleksi berkenaan boleh didapati bermula pada hari ini secara serentak dengan promosi Jualan Murah Pra-Ramadan di semua cawangan galeri Ariani seluruh negara.

Koleksi raya tahun ini menampil rekaan yang sangat selesa serta harga mampu milik,” katanya.

Jadi, kepada anda yang masih mencari baju dan hijab untuk lebaran nanti bolehlah cuci mata di butik Ariani yang berdekatan dengan lokasi anda. Selamat membeli-belah!

Sumber: Instagram Galeri Ariani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 11 Dec 2022
Acara Mon, 10 Apr 2023

Mira Filzah Tolak Dakwaan, Perniagaan Tudung Bukan Alasan ‘Back Up’ Kerjaya Seni

Wah! semua koleksi tudung Mira lawa-lawa. Rambang mata min😍😍😍

Featured Fri, 2 Sep 2022

Busana Disamakan Seperti ‘Kertas Minyak’, Netizen Puji Izara Aishah Sebab…

Punya cantik outfit Izara netizen senang-senang samakan dengan kertas minyak lah leather seat lah 🤣😅

Featured Tue, 30 Aug 2022
Featured Tue, 3 Jan 2023

| Live TV

error: Content is protected !!