Featured By: Shaidah Shafie April 19, 2020 @ 1:49pm

Atiqah ajak masyarakat teroka misteri gua di Malaysia

Gua bukan destinasi menarik untuk dilawati orang kebanyakan, tetapi bagi pencinta alam sekitar atau peminat sukan lasak seperti mendaki, gua tentunya amat menarik perhatian untuk diteroka.

Begitu juga menjadi tumpuan penyelidik yang membuat pelbagai kajian mengenai ekosistem alam, habitat mahupun biodiversiti yang menjadi perumah kepada bermacam jenis flora dan fauna yang wujud di negara ini.

Dr Nur Atiqah menganggap gua dan hidupan di dalamnya sangat menarik untuk diteroka. Foto: Dr Nur Atiqah Abd Rahman.

Menyedari kepentingan dan fungsi gua yang sangat menarik itu, Dr Nur Atiqah Abd Rahman, 32, sanggup keluar masuk gua di Batu Caves, Gombak, demi memberi kesedaran kepada orang ramai akan kepentingan gua terhadap ekologi alam sekitar.

Beliau yang juga Setiausaha Persatuan Pemuliharaan Gua dan Kars Malaysia (MCKC) berkata, pelbagai ekspedisi dan kajian saintifik membabitkan gua dan hidupan di dalamnya dilakukan di Batu Caves.

“Walaupun kawasan berkenaan sempit serta terhad seperti di dalam mahupun di luar gua, kawasan ini mempunyai biodiversiti yang tinggi menjadi habitat kepada pelbagai spesies tumbuhan dan haiwan.

“Apabila terdapat sedikit gangguan di kawasan gua, ia akan memberi kesan kepada biodiversiti yang ada dan menyumbang kepada kepupusan spesies walaupun di satu gua atau bukit batu kapur yang kecil,” katanya ketika ditemui di Batu Caves, baru-baru ini.

Sekumpulan orang awam mendengar penerangan Dr Nur Atiqah mengenai biodiversiti gua ketika mengikuti eksplorasi gua di Batu Caves, baru-baru ini. Foto: See Ming Chong.

Di Malaysia terdapat pelbagai gua yang menjadi pusat penyelidikan, malah ada antaranya seperti Gua Niah di Sarawak dan Gua Kelam di Perlis yang menjadi tarikan pelancongan sama ada tempatan mahupun antarabangsa.

Bagi orang awam yang berminat menerokai gua, selain dapat menghayati keindahan ruang yang terhad itu, mereka juga boleh mengutip ilmu mengenai flora, fauna, fosil dan pembentukkan pelbagai formasi aneh yang boleh dilihat di dalam gua.

Dr Nur Atiqah (dua dari kiri) bersama beberapa penyelidik yang sama-sama membuat kajian mengenai gua. Foto: Dr Nur Atiqah Abd Rahman.

“Di dalam gua, selain hidupan invertebrata seperti labah-labah dan vertebrata iaitu kelawar, ada banyak formasi menarik seperti stalaktit dan stalagmit dan jika bernasib baik, boleh lihat langsir gua dan kolam gua juga.

“Bagaimanapun, setiap aktiviti penerokaan akan disertai juru pandu mahir dan terlatih sahaja kerana gua adalah kawasan berisiko meskipun menarik,” katanya mengakhiri perbualan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Thu, 27 Dec 2018

Gaji Wanita Ini RM4400 Sebulan Dengan Hanya Duduk Di Atas Sofa Sahaja!

Wanita ini bertuah dipilih sebagai penguji sofa.

Featured Wed, 5 Oct 2022

Bakal Buat Penonton Imbau Kenangan P. Ramlee & Saloma, TVS Lancar ‘Getaran Jiwa’

Getaran jiwa…. melanda hatiku, tersusun nada irama dan lagu

Featured Tue, 23 May 2023
Featured Thu, 17 Jun 2021

PDRM Tawar Diskaun Kompaun Trafik 50 Peratus Sehingga 18 Julai

Berita baik bagi mereka yang ingin membayar saman trafik. Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menawarkan pengurangan kompaun saman trafik dengan tawaran diskaun sehingga 50 peratus bermula 18 Jun hingga 18 Julai depan. Menurut Pengarah […]

Featured Thu, 15 Sep 2022

Finaz Yunus Minta Individu ‘Tinggal’ & ‘Cabut’ Gelaran Agamawan – “Kalau Tak Mampu Kawal Nafsu, Cari Kerjaya Lain”

Somehow ada betul apa yang Finaz cakapkan ni… ‘Title’ tu tanggungjawab yang besar bukan sekadar populariti 😌

Gaya Hidup Mon, 9 Jul 2018

Stres Semut Kuasai Rumah? Cuba Cara Alami Ini, Selamat & Berkesan!

Stres juga dibuatnya kalau selalu kena spray guna penyembur serangga.

Featured Tue, 12 Apr 2022