Featured By: Atiqah Johari October 5, 2022 @ 10:39pm

Bakal Buat Penonton Imbau Kenangan P. Ramlee & Saloma, TVS Lancar ‘Getaran Jiwa’

Baru-baru ini, TVS dengan sokongan Kerajaan Sarawak telah melancarkan sebuah program realiti hiburan iaitu ‘Getaran Jiwa’ dalam sebuah sidang media yang berlangsung di Kuala Lumpur semalam. Program ini bertemakan ‘Irama Mengimbau Kenangan’ yang diinspirasikan oleh karya Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee dan Puan Sri Saloma.

Getaran Jiwa bakal ditayang menerusi saluran 122 di Astro dan MYTV mulai 21 Oktober 2022 (Jumaat) yang mempunyai sebanyak 8 episod.

Program ini bersiaran pada setiap Jumaat, jadual mingguan program ini bakal dimulai dengan tayangan kapsul ‘Debaran Jiwa’ pada pukul 7.30 malam hingga 8.00 malam dan diikuti siaran langsung ‘Getaran Jiwa’ pada 8.45 malam hingga 10.15 malam. ‘Getaran Jiwa’ menampilkan 40 peserta melalui pencarian bakat baru dari seluruh negara, konsep dan format program ini merupakan idea bersama TVS dan Morningstar Entertainment yang diwakili oleh Adlan Shaharir sebagai Penasihat Kandungan Kreatif.

Para peserta akan bersaing bagi merbeut hadiah terkumpul sebanyak RM60,000, persembahan peserta akan dinilai melalui sistem pemarkahan ‘Jiwa Meter’ yang terbahagi kepada 70% oleh barisan juri profesional diketuai oleh Dato’ Nash dan 30% oleh juri awam yang mengundi secara atas talian.

Ketika sidang media dilihat turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Rizal Zulkapli, Pengurus Saluran, Aizal Ibrahim dan Penerbit Penyelaras, Yume Suryani.

Bukan itu sahaja, semasa pelancaran program, dilihat barisan artis turut hadir bagi memeriahkan program antaranya ialah Dato’ Nash selaku Ketua Juri, Noraniza Idris, Fauziah Latiff, Liza Hanim, Ayai Ilusi dan Fauzi Marzuki sebagai juri jemputan dan Rody Kristal selaku Pengarah Muzik Getaran Jiwa.

“Untuk membawakan kelainan dan nafas baharu, susunan muzik karya-karya evergreen Tan Sri P. Ramlee dan Puan Sri Saloma bakal kami olah supaya menjadi lebih kontemporari. Insya-Allah, bakat-bakat baru yang kami ketengahkan dan persembahan yang bakal kami sajikan akan mencuit hati para penonton,” ujar Adlan di dalam majlis tersebut.

“Tanpa lari daripada intipati asal lagu kedua-dua legenda tanah air tersebut, para peserta diberikan peluang menggunakan kreativiti mereka untuk mengangkat martabat lagu yang sedia ada. Dengan barisan peserta dari seluruh Malaysia daripada latar belakang yang pelbagai, kami juga tidak sabar menunggu kejutan daripada bakat-bakat ini,” tambah Yume pula.

Turut berucap semasa majlis tersebut, Rizal mendedahkan bahawa Getaran Jiwa merupakan rancangan hiburan ketiga terbitan TVS untuk tahun 2022 selepas program TVS Live dan Pemerindang Borneo.

“Proses untuk membawakan Getaran Jiwa ke kaca TV lebih 9 juta penonton TVS bukanlah hal yang mudah. Namun, dengan sokongan kerajaan negeri Sarawak, kegigihan tenaga kerja TVS dan creative team di Morningstar membolehkan kami menyiarkan program ini LIVE dari Sarawak kepada penonton di seluruh Malaysia tidak lama lagi,” ujar beliau lebih lanjut.

Lebih menarik, program realiti hiburan ini dimeriahkan lagi oleh Jiggy Masin dan Sissy Iman selaku pengacara Getaran Jiwa manakala memperkenalkan barisan peserta program dan hos kapsul ‘Debaran Jiwa’, Fattah Bolhanuddin dan Siti Zawawi.

Getaran Jiwa boleh disaksikan penonton bermula 21 Oktober 2022 pada pukul 8.45 malam setiap Jumaat di saluran 122 di Astro dan MYTV. Ikuti laman media sosial Getaran Jiwa (https://linktr.ee/getaranjiwa ) untuk maklumat lanjut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 1 Jun 2020

Lagenda Badminton Negara, Tan Aik Mong Meninggal Dunia Akibat Kanser Hati

Pemergian mendiang pastinya akan dirindui dalam kalangan komuniti badminton di Malaysia.

Hiburan Tue, 12 Feb 2019

Pelakon Utama Dia Menantu Rahsia Bakal Disenarai Hitam?

Akui A. Aida, kejadian ini merupakan insiden terburuk yang pernah dialaminya selepas lebih 20 tahun berada dalam bidang penerbitan.

Fab Foodies! Sat, 9 Jun 2018

Penangan Drama Nur, Sup Bunjut Mula Popular

Lepasni jangan pula korang keliru pula bila nampak sup bunjut dalam masakan, jangan ingat ‘barang’ untuk menyihir pula ya…

Hiburan Fri, 31 Aug 2018

Ahli Keluarga Raikan Hari Jadi Micheal Jackson Ke 60

Dalam masa sama, anak dan anggota keluarga Raja Pop dunia itu turut melancarkan acara lelongan dan menerima pingat pada majlis mengingati mendiang.

Featured Tue, 27 Dec 2022
Trending Thu, 27 Oct 2022

Dakwaan Abai Anak… Cliff Umar Kunci Mulut, Tak Mahu Aibkan Sesiapa

Penyanyi Cliff Umar mengunci mulut berkenaan spekulasi yang diperkatakan netizen berkaitan dakwaan bekas isteri yang mengatakan dia mengabaikan anak. Baru-baru ini, tular dakwaan yang dibuat oleh bekas isteriya berkaitan isu nafkah anak-anak yang diabaikan setelah […]

Trending Sat, 16 Oct 2021

Idea Bisnes ‘Kitchen Monster’ Diangkat Menjadi Juara Usahawan Buletin FM Pusingan Kedua

Usahawan Buletin FM yang baru sahaja berakhir semalam telah menemui Juara untuk pusingan kedua. Pusingan kedua Usahawan Buletin FM menyaksikan Zalina Noor Mohd Ali, 47, dari Shah Alam dengan idea perniagaan Kitchen Monster (ready to […]