familuv By: Yanie Baharom January 5, 2019 @ 12:00pm

Bayi Kerap Jelir Lidah, Adakah Ia Normal Ataupun Sebaliknya?

Bayi menjelir lidah, keadaan ini sering dianggap sebagai tabiat semula jadi si kecil. Ia merupakan cara untuk bayi mengekspresikan diri sebagai tanda menangis, lapar atau meminta perhatian.

Namun, pasti ramai ibu bapa yang panik dan cemas bila sering melihat bayi jelir lidah dalam waktu yang lama kerana ia sering dikaitkan dengan Syndrom Down. Tapi, tak usah terlalu bimbang.

Sebelum anda buat kesimpulan yang bukan-bukan, mari kita teliti 6 punca bayi jelir lidah ini.

Kenali punca bayi jelir lidah

Foto: The Baby Side

1. Keadaan normal yang selalu bayi buat

Bayi jelir lidah adalah normal sebagai tanda mengekspresikan perkembangan si kecil yang baik. Ia akan hilang setelah bayi masuk umur empat ke enam bulan.

2. Macroglossia

Sebilangan bayi dilahirkan dengan lidah besar yang dipanggil Macroglossia iaitu lidah memiliki lebihan jaringan hingga sukar untuk lidah berada dalam mulut.

Macroglossia juga boleh jadi sebahagian sindrom lain seperti sindrom Beckwith-Wiedemann, Hipotiroidisme Kongenital, atau Akromegali (pertumbuhan hormon yang tinggi).

3. Mulut kecil

Akibat lidah tidak boleh masuk ke dalam mulut kecil, maka bayi terjelir lidah. Sebab itu anak-anak down syndrome memiliki mulut kecil kerana lengkungan lelangit yang sempit.

Mulut kecil juga dikaitkan dengan sindrom DiGeorge di mana dagu yang ditarik atau rahang bawah tersembunyi yang boleh menjadi micrognathia (rahang bawah kecil).

4. Hypotonia

Hypotonia adalah keadaan apabila berlakunya penurunan berat otot. Namun, ia tidak sama dengan kelemahan otot.

Mereka yang sihat mampu menahan lidah dalam mulut kerana otot aktif tapi hypotonia menyebabkan tubuh kehilangan daya untuk menyimpan lidah dalam mulut. Gara-gara itu, lidah pasti keluar dari mulut.

5. Kista 

Akibat jangkitan, ada ketikanya bayi mengembangkan kista (benjolan atau cairan pekat)  di dalam mulut, sekaligus menyebabkan lidah terdorong keluar.

Namun, kista boleh sembuh dengan sendiri dan seeloknya anda berjumpa doktor untuk penerangan yang lebih jelas.

6. Bernafas melalui mulut

Bila bayi bernafas dari mulut, ia boleh menyebabkan lidah terjelir. Ini terjadi kerana hidung tersumbat, kesejukan, alergi, adenoid atau amandel yang bengkak.

Alergi mungkin boleh hilang dengan ubat-ubatan. Manakala, masalah radang tonsil atau adenoid mungkin memerlukan pembedahan kecil supaya dapat diatasi.

Sumber: The Asian Parent

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 29 May 2023

Kongsi Quotes Berbaur ‘Kehilangan’ Cinta, Status Noor Nabila Cetus Tanda Tanya – “Life Is A Wild Ride…”

Huishhhh, deep betul ni! 🫠 Min harap mummy Jebat ni baik baik saja ❤️❤️

Featured Sat, 24 Sep 2022
Featured Thu, 22 Dec 2022

Dianggap Playboy, Qi Razali Ambil Masa Rawat Hati – “Tidak Adil Untuk Wanita Itu…”

Bukan senang nak cari pasangan hidup kan.. So, choose wisely!

Featured Sat, 7 Jan 2023

Tampil Beri Respons Mengenai Isu Penyondol, Intan Saleh ‘Backup’ Puteri Sarah – “Sakitnya, Ya Allah.. I Tengah Menggigil Ni Geram”

Umum mengetahui, pendedahan Syamsul Yusof yang selamat bernikah dengan Ira Kazar telah menerima pelbagai respons orang ramai. Antaranya adalah usahawan dan personaliti media sosial, Intan Saleh yang meluahkan rasa geram menerusi beberapa hantaran di Instagram […]

familuv Wed, 29 Jan 2020
Featured Wed, 8 May 2019
Featured Wed, 7 Apr 2021

Dari Geng Sidai Ke Kene Sidai, Ryan Deedat Dedah Inspirasi Single Terbaru

Penyanyi, Ryan Deedat kini tampil dengan single terbaru yang berjudul Kena Sidai berkolaborasi bersama komposer muda, Heil Nuan dan rapper, Killa Drilz. Menurut Ryan Deedat, perkataan KENE SIDAI amat sinonim dengan pengikut Instagram miliknya memandangkan […]