Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi March 24, 2023 @ 12:23pm

Sharnaaz Ahmad Takkan Tarik Diri Dari Filem Original Gangster – “Kami Sokong & Hormat Syamsul Yusof Sebagai Pengarah”

Minggu ini hangat isu antara Syamsul Yusof dan Datuk Aaron Aziz mengenai pengguguran Aaron daripada film terbaru arahan pengarah sensasi tersebut, The Original Gangster.

Pada Rabu, Syamsul dalam satu sidang media menjelaskan punca isu tersebut berlaku dan memetik nama beberapa pelakon lain seperti Beto Kusyairy dan Sharnaaz Ahmad.

Namun, selepas itu, Aaron pula tampil dengan video penjelasan mengenai apa sebenarnya yang berlaku di antara mereka dan mengakui apa yang didedahkannya itu adalah benar dan bersumpah di depan Al-Quran.

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul Yusof Dedah Punca Nama Aaron Aziz Digugurkan, Terkilan Isu Diperbesar – “Inikah Aaron Yang Aku Kenal Selama Ini?”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Kau Jangan Petik Nama Pelakon Lain!” – Isu Nama Digugurkan, Aaron Aziz Tampil Jelas Perkara Sebenar

Terkini, Pelakon Sharnaaz Ahmad turut tampil membuka mulut mengenai isu tersebut susulan ada netizen yang menggesa dia dan Beto menarik diri daripada terus bekerjasama dengan Syamsul.

Menerusi perkongsian di Instagram, Sharnaaz menyatakan dia tidak setuju dengan gesaan tersebut kerana apa yang berlaku di antara Syamsul dan Aaron adalah hal peribadi.

“Hormatilah bulan Ramadan. Tak perlu bergaduh-gaduh. Setan pun off day, jadi siapa yang setan sebenarnya?

“Nope, we are profesional. We don’t bail out unfinished business. Personal is personal. As a director, you have my full support and respect Syamsul, without a doubt.

“Yang tahu je tahu. Makin banyak bercakap, takut terselak kain sendiri kanda. Take note,” tulisnya menerusi hantaran di Instastory.

Tambah Sharnaaz, tindakan untuk memboikot filem tersebut adalah tidak adil kerana banyak pihak terlibat sudah memberikan yang sepenuhnya dalam menjayakan filem tersebut.

“Untuk menjayakan filem ini bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak hati dan lelah telah dicurahkan. Ada anak dan isteri dan awek yang ditinggalkan, bekerja dalam bahaya, buat ‘stunt’ yang membahayakan.

“Kualiti yang diberikan oleh semua team dan pengarah adalah yang terbaik Malaysia pernah cipta. Bukan gangster yang cuba diangkat tetapi kualiti dari gambar, lighting dan aksi-aksi yang besar dan di luar skala biasa filem Malaysia.

“Jika Malaysia tidak mampu menghargai karya dan penat lelah setiap kru, pelakon, director hanya disebabkan mulut satu dua orang yang ingin menghancurkan usaha dan pengorbanan kami, itu sangat tidak adil.

“Ramai lagi mulut dalam team Original Gangster yang perlu disuap, anak-anak mereka. Jangan disebabkan amarah anda, dibunuh periuk nasi orang-orang di belakang tabir ini,” jelasnya.

Sementara itu, Sharnaaz juga berharap semua pihak dapat berfikir dengan wajar dan tidak mudah mempercayai sesetengah pihak sahaja mengenai isu ini.

“Tak semua yang keluar daripada mulut orang marah itu benar. Tak semua yang keluar dari mulut orang yang diam itu salah.

“Wartawan dan netizen, anda sudah bijak dari case case study sebelum ini. Janganlah cepat percaya dengan apa yang ‘dihidangkan’. Walaupun nampak seperti sambal belacan, test test rupanya budu(h),” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 26 Jul 2018
Hiburan Thu, 5 Dec 2024
Featured Tue, 24 Apr 2018

Ini Cara Paling Berkesan Untuk Berhenti Merokok, Menurut Sains

Ramai ingat cara efektif ialah dengan mengurangkan jumlah rokok yang mereka hisap sikit demi sikit sampai mereka berhenti.

Hiburan Thu, 1 Aug 2019

杨丞琳《青春住了谁》世界巡回吉隆坡站808开票!

杨丞琳《青春住了谁》世界巡回演唱会吉隆坡站808开票,记得准时抢票啦!

Featured Thu, 8 May 2025

Penuh Emosi! Jom Throwback Perjalanan Ejen Ali Menjelang Filem ‘Ejen Ali The Movie 2’

Bersedia Ejen’s! Tugas anda belum selesai. Misi bermula 22 Mei ini!

Hiburan Tue, 11 Jun 2024

Dina Nadzir Tak Setuju Segelintir Selebriti Guna Isu Kesihatan Mental Bagi Tujuan Lain 

Tak baik tau guna isu kesihatan mental semata nak promosi sesuatu benda

Featured Mon, 24 Jun 2024

Lama Menyepi, Aliff Aziz Kongsi Video Nyanyian Di IG Beserta Hashtag #TheComebackKid

Buat yang rindu Aliff Aziz tu, ni dia lagu Hal Hebat untuk korang semua!

Hiburan Mon, 14 Oct 2019
Featured Tue, 23 Sep 2025

Bapa Amir Raja Lawak Meninggal Dunia

Amir memaklumkan perkara itu menerusi platform media sosialnya pada pagi Selasa.

Trending Sun, 10 Jun 2018

Kejam Betul! Bayi Lelaki Ditinggalkan Dalam Mangkuk Tandas

Polis masih mengesan individu yang terlibat dan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan diminta tampil bagi membantu siasatan.

error: Content is protected !!