Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida June 10, 2018 @ 6:43pm

Kejam Betul! Bayi Lelaki Ditinggalkan Dalam Mangkuk Tandas

Tergamak betul! Apa tidaknya, bayi lelaki yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat ditinggalkan di tandas.

Bayi comel itu ditemui dalam keadaan lemah dalam mangkuk tandas sebuah stesen minyak di Hentian Rehat dan Rawat (RR) Rawang arah utara semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata bayi seberat 2.6 kilogram itu ditemui seorang petugas pembersihan di tandas wanita ketika ingin melakukan kerja membersih kira-kira 9.30 malam.

“Bayi yang dibungkus dengan kain batik dan masih bertali pusat serta uri itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Polis masih mengesan individu yang terlibat dan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan diminta tampil bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi dengan niat membuang bayi berkenaan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 4 Jul 2018

Pihak Pendakwaan Ada Kes Yang Kukuh Terhadap Bekas Perdana Menteri – Tommy Thomas

Sehingga itu beliau akan menerima bahawa Najib Razak adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan.

Trending Wed, 1 Nov 2023

Kenyataan Mengenai Isu Pempengaruh Cuba Nasib Jadi Penyanyi Disalah Erti, Ini Penjelasan Usop – “Saya Pun Ada Akal!”

Netizen jangan nak memandai-mandai eh! Lain kita cakap, lain dia faham…😑😡

Hiburan Sat, 29 Jul 2023

Ernie Zakri Persoalkan Sikap Segelintir Pihak Suka Komen Menyakiti Hati Orang Lain – “Rasa Gempak Ke?”

Kalau tak mampu berkata yang baik baik, diam lagi bagus kan 😌 Hm sian Kak Ninie 💓🤗

Hiburan Sat, 10 Jun 2023
Featured Thu, 24 Aug 2023
Featured Fri, 11 Apr 2025
Featured Wed, 26 Mar 2025

Anggap Anak Lebih Sayangkan Pengasuh, Atikah Suhaimie Terasa Hati? – “Bila Mulan Dengan Pengasuh Tak Nangis Pun”

Menerusi perkongsian di TikTok, aktres berusia 34 tahun itu meluahkan rasa sedihnya apabila tidak mampu menenangkan anaknya sendiri.

Cahaya Mata Fri, 14 Jul 2023
error: Content is protected !!