Featured By: Ad Ops May 17, 2020 @ 4:32pm

Beg pelitup muka gergasi tarik perhatian penggemar fesyen

Sejak penularan wabak COVID-19 melanda dunia, pelitup muka (face mask) kini bagai menjadi keperluan seharian dalam kehidupan masyarakat.

Pemakaian pelitup muka adalah antara norma baharu sebagai langkah bagi melindungi masyarakat daripada jangkitan virus ketika berada di tempat awam.

beg facemask

Kredit gambar: The Economic Times

Menariknya, pelitup muka juga dilihat menjadi aliran terkini dalam dunia fesyen apabila pelbagai corak dan warna menarik dijual di pasaran.

Musim COVID-19 turut menjadikan masyarakat termasuk perusahaan fesyen tampil lebih kreatif apabila terbaru, rekaan pelitup muka kini diimprovisasi menjadi beg yang unik dan menarik.

beg face mask

Kredit gambar: Instagram Arlie Percetakan Kain

Beg dengan rekaan berbentuk pelitup muka gergasi itu dihasil kreatif oleh sebuah jenama dari Indonesia, Arlie Percetekan Kain.

Rata-rata pengikut yang meninggalkan komen memuji beg berkenaan cantik, selain ada juga yang bertanyakan mengenai harga dan bagaimana cara untuk mendapatkannya termasuk dari Malaysia dan Singapura.

beg face mask

Kredit gambar: Instagram Arlie Percetakan Kain

Warna serta bentuk beg pelitup muka itu saling tidak tumpah seperti pelitup muka jenis tiga lapisan yang asal sekali gus menjadikan ia sebuah beg yang begitu unik dan cantik dengan satu gaya baharu yang sangat menarik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 4 Dec 2021

Gara-Gara Tegur Berkaitan Hutang, 4 Sekeluarga Ditetak

Polis mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes menetak empat sekeluarga di sebuah ladang di Kampung Cahaya Baru, Beluran, Sandakan pada Selasa lalu. Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, mereka merupakan anak

Featured Wed, 17 May 2023
Featured Mon, 20 Feb 2023

Didakwa Tidak Lagi Menyanyi & Selesa Duduk Rumah Jaga Anak Sahaja, Ini Respons Syamel

Betul ke Syamel sekarang jadi Mr Mama ni? Tapi tak salah pun…

| Live TV