Featured By: Aqilah Paharuzi December 7, 2022 @ 5:36pm

Kesinambungan Dari Lagu Hit ‘Ku Bersuara’, Ernie Zakri Bermetafora Dalam Single Baharu ‘Astana’

Selepas berjaya menghiburkan peminat menerusi Konsert SEaku Cinta, penyanyi Ernie Zakri kini muncul dengan single terbaharu berjudul ‘Astana’.

Lagu hasil ciptaan komposer terkenal, Omar K, Shazriq Azeman, Ernie dan suaminya, Syamel merupakan kesinambungan dari lagu hit ‘Ku Bersuara’.

Mengekalkan genre R&B dan Soul, Ernie berkata lagu ini mengisahkan tentang wanita yang keluar daripada kisah gelap atau pahit dalam kehidupannya.

“Lagu ini menceritakan tentang perhubungan akrab sama ada teman rapat mahupun keluarga yang mengajaknya keluar dari situasi yang negatif agar tidak terus terjerumus dengan dunia itu,

“Kiranya dalam Ku Bersuara, mangsa berani meluahkan isi hatinya dan dalam Astana pula, wanita tersebut keluar meninggalkan tempat itu demi menjalani hidup yang lebih baik,” katanya.

Artikel Berkaitan: “Suami Saya Minat Liverpool” – Ajuk Suara Liana Beep Beep, Telatah Ernie Zakri Raih Perhatian Netizen

Artikel Berkaitan: “Penyanyi Ada Soul, Dia Umpama Berlian!” – ‘Hal Hebat’ Duet Govinda & Ernie Zakri Cetus Fenomena

Mengulas lebih lanjut, pelantun lagu Misteri ini turut berkata dia dan Syamel turut menyumbangkan beberapa idea bagi memberi ‘touch’ Ernie Zakri.

“Proses rakaman memakan masa selama sehari untuk disempurnakan bertempat di studio milik Omar K, manakala proses ‘mixing’ dan ‘mastering’ pula berlaku dalam tempoh yang agak singkat.

“Manakala, pembikinan video muzik (MV) single ini pula banyak bermain dengan metafora yang menggambarkan perasaan seorang wanita yang terikat dengan perhubungan yang negatif,” ujar Ernie.

Akhir kata, Ernie berharap lagu Astana dapat diterima dan dihargai oleh semua peringkat umur serta mesej terserat dalam lagu ini akan sampai kepada mereka yang pernah atau sedang melaluinya.

Lagu Astana boleh dimuat turun di semua digital penstriman atas talian seperti itunes, Jooz, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music manakala MV single boleh ditonton secara ekslufif di saluran YouTube Rocketfuel Network.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 1 Dec 2019
Hiburan Thu, 28 Dec 2017

SIAPA MR J DALAM HATI JOY REVFA?

Mr J hadiahkan apa tu kat Joy Revfa?

Hiburan Wed, 5 Jun 2019

Sufi Rashid Teruja Tahun ini Tidak Bujang

Sufi Rashid berasa teruja kerana tahun ini merupakan tahun terakhir beraya berstatus bujang.

Trending Wed, 30 Aug 2023

Sambutan Penuh Harmoni Dengan Gema KEPCI Music Fest di Shah Alam Sempena Jubli Emas KFC.

Bandar raya Shah Alam meriah bergema dengan simfoni muzik, kegembiraan dan sajian yang menyelerakan apabila KEPCI Music Fest yang dinanti-nantikan telah mempamerkan kejayaannya di Stadium Melawati pada hari Sabtu lalu. Sempena sambutan 50 tahun KFC […]

Featured Tue, 6 Jun 2023

[VIDEO] Sweetnya! Buat Surprise Lamar Shila Amzah, Ubai MZ Dilabel Lelaki Romantik

Tahniah tau weyh! Vibes sangat do Shilaaaaa 💖💖💖