Acara By: Ad Ops July 26, 2018 @ 8:00pm

Booth Hijab & Heels Tawar Banyak Aktiviti Dan Hadiah Menarik. Jom Serbu!

Apa perancangan anda hujung minggu ini? Jika masih belum ada plan, apa kata anda serbu Karnival Jom Heboh (KJH) 2018 pada Sabtu dan Ahad ini. Lokasi pertama KJH pada tahun ini akan bertempat di KL Sports City, Bukit Jalil Kuala Lumpur.

Menariknya, portal Hijab & Heels (H&H) buat julung kalinya akan turut sama memeriahkan KJH edisi kali ini. Jadi, jangan ketinggalan untuk kunjungi booth H&H kerana pelbagai aktiviti menarik bakal berlangsung sepanjang dua hari tersebut.

Pada hari pertama, H&H akan mengadakan aktiviti permainan seperti ‘Teka Peralatan Mekap’, ‘Siapa Cepat Dia Menang’, ‘Teka Bau Makanan’ serta pertandingan ‘Makeup Couple’ dan juga ‘Hijab Styling’.

Pelbagai hadiah menarik bakal dimenangi antaranya cenderahati H&H, palet mekap MF Cosmetique tajaan aktres jelita Maria Farida, tudung dari Butik Citra Aida, bulu mata palsu dari Diva’s Secret Ifa Raziah serta koleksi tudung tajaan Tudung People.

Pengunjung juga berpeluang menerima cenderahati H&H secara percuma apabila ‘Like’ serta ‘Follow’ akaun Facebook, Instagram dan Twitter Hijab & Heels.

Selain itu, booth H&H turut mengadakan Bengkel ‘Hijab Styling’ oleh Sharifah Rose pada kedua-dua hari tersebut serta Demonstrasi Mekap oleh Watiey Abdullah pada hari pertama dan Demonstrasi Mekap oleh Tiar Zainal pada hari kedua.

Menariknya, pengasas MF Cosmetique, Maria Farida juga akan membuat penampilan khas ketika sesi mekap oleh Tiar Zainal. Jadi, bagi mereka yang mahu pelajari teknik solekan serta cara pemakaian hijab, bolehlah singgah di booth H&H.

Bukan itu sahaja, booth H&H turut menawarkan servis urutan ‘Relaxing’ dari Sri Mawar Spa. Mereka yang berminat boleh mendapatkan servis ini dengan harga istimewa iaitu RM10 sahaja untuk urutan selama 15 minit.

Jadi apa tunggu lagi, jangan lupa untuk singgah di booth Hijab & Heels pada 28 & 29 Julai 2018 dari jam 10 pagi hingga 9 malam di KL Sports City, Bukit Jalil! Save the date!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 15 Sep 2022
Featured Mon, 6 Nov 2023

Fattah Amin & Fazura Bergabung Dalam Prekuel Mat Kilau?

Wah, mesti gempak ni berlakon suami isteri❤️‍🔥❤️‍🔥

Featured Tue, 28 Apr 2020

Ebit Lew kongsi gambar bidadarinya di depan rumah mewah mereka

Jawab tuduhan guna duit sumbangan beli kereta besar

Featured Sat, 12 May 2018

Jangan Makan 5 Makanan Ini Secara Mentah. No.3 Itu Yang Selalu Anda Makan!

Jangan fikir bahan masakan yang mentah boleh dimakan sesuka hati ya! Bahaya sebenarnya.

Featured Tue, 28 May 2019

Rico Rinaldi Summeraya 2019, terilham daripada keindahan sang rama-rama

Sebuah koleksi yang cukup praktikal dan menawan!

Featured Mon, 19 Sep 2022
Acara Fri, 13 Dec 2019

MSU angkat motif songket dalam larian antarabangsa

International Songket Run 2.0 diiktiraf MBR