Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi February 8, 2023 @ 3:18pm

“Tak Perlu Berkias-Kias, Sebut Sahaja Nama” – Isu Disindir Bekas Isteri, Fizo Omar Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang?

Pelakon dan pengacara Fizo Omar tampil memperjelas perkara sebenar mengenai kontroversi bersama bekas isterinya, Mawar Karim, baru-baru ini.

Menerusi temu bual bersama program Melodi TV3, Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar menjelaskan sindiran yang dikeluarkan bekas isterinya itu ditujukan kepadanya.

Malah, Fizo juga menegaskan sindiran tersebut merupakan satu fitnah yang boleh menjejaskan namanya dan keluarga.

“Sebenarnya saya agak ketinggalan, tidak tahu menahu sehingga salah seorang staff saya beritahu. Saya kurang jelas apa yang dimaksudkan tapi bila tengok respons daripada netizen memang itu ditujukan kepada saya.

“Sekiranya betul, saya rasa lebih gentle tak perlu berkias-kias, sebut sahaja nama senang kita ambil tindakan susulan. Pada saya itu satu fitnah yang boleh menjatuhkan reputasi saya dan keluarga.

“Sekiranya betul, be genuine, be gentle, sebut nama dan kemukakan bukti, petik nama. Jadi nama yang dipetik akan menjawab, mungkin akan kemukakan bukti siapa yang betul, siapa yang salah. Tak gentlelah nak meroyan kat media sosial seorang, tak puas hati, petik nama. Rasa kalau ada benda tak betul, kita pergi mahkamah,” tegas Fizo.

Tambah Fizo, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas agar perkara tersebut tidak berulang.

“Saya tak ada apa yang di takutkan, selepas berpisah, tiga tahun saya berdiam diri tak pernah buat sebarang kenyataan sebab saya memikirkan anak.

“Tiada angin tiada ribut kita nak sesuatu untuk dapat perhatian daripada orang, tak payah berkias-kias, straight to the point, kita tengok apa tindakan yang patut kita buat.

“Sekiranya saya nampak memang agak melampau, saya tidak teragak-agak untuk ambil tindakan dengan niat benda ini tidak berlaku lagi.

“Benda dah lepas, saya dah berkahwin, dah bahagia, dah berkeluarga dan dia sendiri pun dah ada pasangan dan keluarga. Jaga pasangan masing-masing. Tak perlu buang masa.

“Sama-sama kita bersahabat baik demi membesarkan anak, itu lagi bagus sebenarnya,” jelasnya.

Dalam pada itu, Fizo memberitahu hubungannya bersama isteri kini dalam keadaan baik sahaja bairpun terpalit dengan isu ini.

“Secara jujur isteri saya jenis tak ambil tahu, sehinggalah saya yang beritahu sekurang-kurangnya saya beritahu, dialah yang banyak berpesan pada saya.

“Kadang-kadang kita nak juga bersuara di media sosial, tapi atas nasihat daripada isteri saya, bersabar memberi kekuatan kepada saya dari segi hubungan kami tidak terjejas, Alhamdulillah,” katanya.

Fizo juga berharap isu ini tidak berpanjangan demi kebaikan anak-anak dan keluarga. Malah berpesan agar tidak terlalu beremosi dalam sesuatu perkara.

“Jangan terlalu emosi, kita ni orang tengok kiri, kanan, depan dan belakang. Kalau apa yang terbuku di hati, kita masih berhubung, ada nombor telefon, tegur cara baik-baik, saya harap benda ini tidak berlarutan demi anak, demi nama baik kedua-dua keluarga.

“Manusia sabar ada tahap, sampai tahapnya mungkin akan bersuara. Ingat, negara kita ada undang-undang. Jangan sampai susah satu hari baru kita fikir kesan dan akibat semata-mata mengikut emosi kita,” tutupnya tegas.

Terdahulu, bekas isteri Fizo, Mawar Karim tampil membalas komen warganet yang menyatakan bahawa kehidupannya kini lebih bahagia berbanding dulu yang bergelar isteri.

Sumber: Melodi TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 26 Mar 2018

Hans Isaac Jawab Isu Dating Dengan Lofa?

Pertemuan itu cuma kebetulan dan bukanlah seperti yang digembar-gemburkan oleh netizen. 

Hiburan Fri, 23 May 2025
Hiburan Wed, 21 Aug 2024
Featured Fri, 22 Aug 2025

Pasangan Pelakon Popular ‘Kantoi’ Ci*m Mulut Dalam Photobooth?

Dua pelakon popular dilaporkan ‘kantoi’ melakukan aksi tidak senonoh.

Trending Thu, 18 Aug 2022

Nabila Huda Dedah Terdapat Parut Pada Paru-Paru Akibat Covid-19

Beberapa minggu lalu, Nabila Huda telah membuat pendedahan bahawa dirinya mengalami pelupa dengan setiap perkara yang dilakukannya. Nabila atau lebih gemar disapa Abil, juga risau akan kerjaya seninya sekiranya masalah tersebut akan menjejaskan aktiviti lakonannya […]

Featured Tue, 7 Oct 2025

5 Hari ‘Sepi’ Selepas Dibebaskan Dari Tahanan Isr**l, Haroqs Titip Ucapan Buat Rakyat Malaysia – “Terima Kasih Ambil Berat Tentang Saya”

“Saya menangis tanpa henti bila tengok satu posting ni setelah saya dibebaskan dari penjara”- Haroqs

Hiburan Fri, 19 Apr 2019

Ain Edruce Kini Tunangan Hafiz

Selamat bertunang Ain & Hafiz, comel je tengok gelagat dorang ni tau!

error: Content is protected !!