Featured By: Nurul Hana June 22, 2023 @ 3:44pm

“Moga Kena Kutip Polis!” -Lelaki Mabuk Ajak ‘Selfie’ Sekali Selepas Tumbuk Pekerja Kedai Serbaneka

Tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan dua lelaki yang didakwa mabuk menyerang staf di sebuah kedai serbaneka, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Twitter, dua individu lelaki didakwa menumbuk dan menendang muka staf berkenaan.

Apa yang lebih mengejutkan apabila lelaki berkenaan sempat mengajak mangsa untuk berswafoto selepas selesai ‘membelasah’ pekerja terbabit.

Menjengah reaksi netizen, rata-rata warganet berang dengan tindakan dua individu lelaki titu dan meminta agar mereka cepat dicekup oleh pihak polis.

Malah, ada juga yang memuji tindakan pekerja tersebut kerana berani menegur mereka yang berada dalam keadaan mabuk.

“Budak sangat lagi tu. Dia cari rezeki baik baik kau sepak terajang dia. Ni penjenayah bodoh. Selfie yg dia ambil tu memudahkan @PDRMsia utk cekup dia. Tunggu jela pintu rumah kena ketuk.

“Dude’s a hero. Memang rare nak jumpa budak yg berani untuk tegur pencuri dan kaki mabuk,” tulis netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra