Categories: Featured

Datuk Fazley Kongsi 8 Tip Diet

Personaliti serba boleh, Datuk Fazley Yaakob berkongsi 8 tips yang boleh dipraktikkan oleh sesiapa yang ingin menurunkan berat badan secara sihat. Tip mudah ini jika dilakukan secara berdispilin, pasti menunjukkan hasil.

1) Makan sebelum lapar sepenuhnya.

2) Berhenti makan sebelum perut betul-betul terasa kenyang.

3) Kurangkan pengambilan gula, kemudian perlahan-perlahan berhenti terus daripada mengambil gula proses di dalam minuman.

4) Nisbah hidangan harus sempurna. Untuk sepinggan hidangan, nisbahnya ialah dua per empat protein, satu perempat karbohidrat dan satu perempat lagi sayur- sayuran.

5) Jangan sesekali ‘skip meal’. Sama ada sarapan pagi, makan tengahari atau makan malam atas alasan ingin berdiet.

6) Tidak ada makanan yang benar-benar tidak baik untuk kesihatan, tetapi saiz hidangan yang diambil yang sering menjadi punca mengapa sesuatu jenis makanan itu tidak baik untuk kesihatan. Boleh makan, tetapi dalam kuantiti yang sepatutnya (sedikit).

7) Amalkan pemakanan sayur-sayuran daripada kumpulan warna yang berbeza-beza agar badan kita sentiasa mendapat nutrisi yang sempurna.

8) Elakkan pengambilan sos cili dan sos tomato secara berlebihan setiap kali makan kerana ia tinggi dengan kandungan gula dan garam.

 

Sumber: Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di:

Google Play – http://bit.ly/WanitaAndroid

AppStore – http://bit.ly/WanitaApple

 

 

 

 

Ad Ops