Perhatian buat ejen-ejen sekalian! Adakah anda sudah bersedia untuk menjalankan misi penting? Jom ke pawagam berdekatan sekarang untuk menonton filem animasi hebat terbitan Primeworks Studios dan Wau Animation.
Ejen Hijab & Heels berpeluang untuk menonton filem Ejen Ali The Movie sewaktu tayangan media yang diadakan di GSC Mid Valley baru-baru ini. Apa yang boleh dikatakan, filem ini memang hebat!
Kualiti animasi yang dipaparkan dalam filem terbaik dan ternyata hasil garapan kreatif Wau Animation berjaya menghasilkan mutu grafik yang bertaraf antarabangsa.
Sesuai untuk tontonan semua
Filem Ejen Ali The Movie sesuai ditonton pelbagai lapisan umur dan bangsa. Plot filem ini juga tersusun padat dengan pelbagai elemen aksi, drama, komedi, persahabatan dan kekeluargaan.
Jangan lupa untuk menyediakan tisu jika anda seorang yang sensitif kerana terdapat babak yang penuh emosi dalam filem ini yang mampu membuatkan air mata mengalir tanpa sedar.
Perkembangan watak Ejen Ali dan watak lain juga seimbang serta memberi impak yang besar kepada keseluruhan filem. Penonton pasti teruja melihat kemunculan watak-watak baharu yang mempunyai perwatakan yang menarik dan penuh suspen.
Mesej menarik
Jalan cerita yang ditonjolkan juga sangat menarik dan dekat dengan diri masyarakat tempatan kerana mengetengahkan identiti Malaysia yang unik. Terdapat juga beberapa babak yang pasti akan meninggalkan senyuman dan menggamit memori penonton.
Selain itu, Ejen Ali The Movie sarat dengan mesej yang berguna kepada penonton. Pendek kata, semua yang terdapat dalam filem ini digabungkan menjadi satu ramuan yang cukup sebati dan mampu mengikat jiwa penonton. Tahniah kepada pasukan Wau Animation kerana berjaya mengangkat animasi tempatan ke satu tahap yang luar biasa!
Secara keseluruhannya, Ejen Ali The Movie wajib ditonton oleh semua pencinta filem. Karya animasi tempatan ini sangat hebat dan wajar disokong oleh semua.
Tidak mustahil, filem ini mampu pecah panggung dan mencapai sasaran kutipan lebih RM20 juta!
Jadi apa tunggu lagi, tempah tiket dan serbu pawagam berdekatan sekarang untuk menonton Ejen Ali The Movie. Filem yang dikuasakan oleh Tenaga Nasional Berhad dan rakan penaja, Mydin serta Pediasure ini sudah mula melancarkan misinya di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei pada 28 November 2019. Bertindak segera!