Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 9, 2022 @ 5:40pm

“Walau Berada Di Dunia Yang Berbeza, Kamu Tetap Dihati Saya” – Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-14, BCL Titip Ucapan Penuh Makna

Penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari atau lebih dikenali sebagai BCL berkongsi sebuah video pendek di Instagram peribadinya sempena sambutan ulang tahun perkahwinan yang ke-14 bersama Allahyarham suaminya, Ashraf Daniel Mohamed Sinclair.

Perkongsian BCL ini dilihat secara tidak langsung menjawab desas desus mengenai kontroversi yang timbul mengaitkan dirinya dan vokalis kumpulan Noah iaitu Ariel baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Perut Buncit BCL Raih Perhatian, Netizen Dakwa Hamil Anak Ariel Noah?

Menurut BCL, 14  tahun lalu adalah waktu dimana dia dan Allahyarham Ashraf sudah berjanji untuk sentiasa menyayangi antara satu sama lain.

Malah, meskipun berada di dunia yang berbeza, Allahyarham suaminya itu akan sentiasa berada dihatinya.

“14 tahun lalu, kita sudah berjanji untuk sentiasa menyayangi antara satu sama lain. Dan, hari ini walaupun kita berada di dunia yang berbeza dan kehidupan telah berbeza untuk saya di sini tetapi, awak akan selamanya dihati saya. Happy Anniversary!,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikut pelantun lagu Cinta Sejati itu menitipkan doa dan berharap agar dugaan yang mendatang menjadikan BCL lebih kuat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair)

 

Dalam pada itu, BCL juga sempat berkongsi beberapa foto bersama ibu dan bapa mertuanya di Instagram Story miliknya pada Selasa.

Difahamkan, BCL kini sedang berada di Malaysia bagi menghadiri sidang media konsertnya iaitu BCL Blossom Intimate Concert yang akan berlangsung pada 9 November 2022.

ARTIKEL BERKAITAN:“Semoga Noah Membesar Jadi Sehebat Ayahnya, Sayang Noah” Ibu Ashraf Sinclair Titip Doa Dan Semangat Buat BCL Dan Cucunya

ARTIKEL BERKAITAN:[TRENDING] “Saya Pasti Ashraf Tersenyum Melihat Saya”- BCL Bikin Peminat Tak Boleh Move On

ARTIKEL BERKAITAN:BCL Luah Rasa Rindu Terhadap Ashraf Sinclair – “Hey You, Happy Birthday”

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Ambil Kesempatan Cium BCL Semasa Konsert, Ramai Terkejut & Kecam Ray Prasetya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 25 May 2023
Hiburan Tue, 3 Jul 2018

“Ada Hikmah Disebalik Apa Yang Terjadi”- Bella Dally Kongsi Tips ‘Move On’

Bella Dally berkongsi tips ‘move on’ menerusi beberapa video di laman Instagramnya. Apa yang dikongsikan oleh Bella? Layari www.xtra.com.my

Hiburan Fri, 10 Aug 2018

Penyanyi Despacito Dirompak Lelaki Mirip Wajahnya?

Lebih pelik, lelaki yang menyamar sebagai pelantun Despacito itu menghubungi kakitangan hotel di Valencia untuk membuka ‘bilik selamatnya’.

Hiburan Thu, 28 Nov 2019

Dikecam Nyanyi Tak Sedap, Nazim Minta Tolong Mentor Ernie Zakri

Kalau dah minat, teruskan je lah. Pedulikan tanggapan negatif orang lain!

Hiburan Sun, 3 Nov 2024
Featured Fri, 24 Feb 2023
error: Content is protected !!