Featured By: Fadzlena Jafar March 18, 2020 @ 1:30pm

Hukuman penjara bagi rakyat yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan  

Rakyat yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa hari ini hingga 31 Mac boleh dikenakan hukuman penjara hingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Bernama melaporkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan, berkata berdasarkan Seksyen 11(4) dibaca bersama Seksyen 24(a) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit, sesiapa yang ingkar akan dianggap kesalahan jenayah dan moral.

“Perintah itu demi menjaga kemaslahatan rakyat dan kepentingan semua berdasarkan keadaan semasa, di mana bilangan suspek serta mangsa COVID-19 yang semakin meningkat serta terbaharu, membabitkan kes yang meragut dua nyawa,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan  di laman Facebooknya, sebentar tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Boleh Cetus Gelombang Ketiga COVID-19 Lebih Dahsyat

Keadaan lengang di depan pejabat Pos Malaysia meskipun ia antara premis yang dikecualikan penutupannya susulan pengumuman Perdana Menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ekoran penularan COVID-19. Gambar BERNAMA (2020)

Kelmarin, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara bagi mengekang penularan COVID-19.

Beliau berkata, perintah kawalan selama 14 hari itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Perintah kawalan pergerakan itu membabitkan larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Amalina Titip 8 Panduan Hindari Jangkitan COVID-19

Sehingga hari ini, Kementerian Kesihatan melaporkan kes positif COVID-19 di seluruh dunia meningkat dengan jumlah kes sebanyak 197,830 membabitkan 152 negara.

Negara Itali mencatat 31,506 kes, kedua tertinggi selepas negara China diikuti dengan negara Iran (16,169), Sepanyol (11,826), Jerman (9,360), Korea Selatan (8,413), Perancis (7,695) dan Amerika Syarikat (6,362).

Jumlah kematian secara global adalah 7,944 kes iaitu sebanyak 4.02peratus, manakala kadar sembuh adalah sebanyak 49.42 peratus.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Mon, 16 Mar 2020
Featured Thu, 20 Apr 2023
Featured Fri, 23 Sep 2022
Featured Wed, 22 Jun 2022
Featured Wed, 12 Oct 2022
Featured Tue, 20 Dec 2022

Imran Bard Bangga Miliki Kancil Turbo – “Kalau Kat Highway Aku Kanan Je!”

Pempengaruh media sosial, Imran Bard sekali lagi berjaya mencuri tumpuan warganet dengan gelagat dan kata-katanya yang sering menyelar tohmahan orang luar terhadap dirinya. @kucengnanges hidup kancil! 🚙 #anakkirimansyurga #imerang #imranbard #anaqkirimanheaven #kancilturbo ♬ original sound […]