Featured By: Halimey Zamal December 20, 2022 @ 3:04pm

Imran Bard Bangga Miliki Kancil Turbo – “Kalau Kat Highway Aku Kanan Je!”

Pempengaruh media sosial, Imran Bard sekali lagi berjaya mencuri tumpuan warganet dengan gelagat dan kata-katanya yang sering menyelar tohmahan orang luar terhadap dirinya.

Tular sebuah video yang dikongsikan oleh @kucengnanges di laman TikTok memaparkan Imran tidak berpuas hati kereta Kancil miliknya diperlekehkan oleh sesetengah individu.

“Aku bukan nak merendah diri, aku patut bangga. Ini bukan masa untuk aku humble, Kancil aku turbo!

“Kalau aku kat highway tu, aku kanan je. Minta maaf cakap, ni adalah kebanggaan aku ni adalah flex yang aku boleh cakap lah, kau faham tak?

“Jadi mereka di luar sana, yang insecure bawa kereta murah and makcik-makcik semua kutuk-kutuk dia apa semua tu, aku terus menaikkan semangat mereka macam buat apa kita nak dihakimi, buat apa kita nak takutkan diri dan kenapa kita nak menghakimi orang. Tak kisah lah dia nak bawa kereta apapun kenapa kau nak menghakimi hidup dia,” ucapnya.

Warganet terhibur dengan kata-kata Imran dan mereka menzahirkan rasa bangga biarpun kereta yang dinaiki murah tetapi ianya berjasa dan memberi banyak manfaat.

“Hidup Viva, biar kecil tapi minyak full tank.

“Suka kancil, senang parking. Suka selit sana sini, janji jimat.

“Kereta cash tak hutang sis, minyak selalu full tank, hidup kancil,” tulis netizen.

Sewaktu artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima 1.8 juta tontonan dan lebih 149,000 tanda suka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 18 Feb 2021

Dah Tak Jadi Singa Kat Rumah! Ibu Bapa Beri Komen Positif Mengenai DidikTV

Mula bersiaran semenjak semalam, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM menerusi saluran ntv7. Ia merupakan usaha memperkasakan Sistem Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sedia ada […]

Trending Fri, 20 Mar 2020

Amy Search “Sound” Kru Produksi, Nabila Huda Selamat Sampai Rumah

KITA semua sedia tahu, perintah kawalan pergerakan telahpun diarahkan oleh Perdana Menteri Malaysia berkuatkuasa 18 Mac sehingga 31 Mac bagi mengurangkankan penularan wabak covid-19. Sepanjang tempoh kawalan pergerakan, rakyat Malaysia diperintahkan supaya mengkuarantinkan diri rumah […]

Hiburan Thu, 9 Jun 2022

Lewis Hamilton Bakal Berlakon Bersama Brad Pitt Bawah Filem Arahan Pengarah Top Gun: Maverick

Belum ada tajuk filem, Lewis Hamilton bakal berlakon bersama Brad Pitt.

Trending Fri, 15 Apr 2022
Hiburan Mon, 27 Nov 2017

Sudah Bertaubat Dan Ingin Lupakan, Kata Diana Amir

Sudah Bertaubat Dan Ingin Lupakan, Diana Amir Mohon Stesen Televisyen Tidak Siarkan Filem Lakonannya Sebelum Bertudung