Featured By: Yanie Baharom September 7, 2018 @ 4:00pm

Ibu Jari Dipotong Gara-Gara Obsesi Mengigit Kuku

Ibu jari seorang gadis cantik terpaksa dipotong kerana dijangkiti kanser kulit yang berpunca daripada tabiatnya yang suka menggigit kuku jari.

Ketagihan Courtney Whithorn, 20, mengigit jari bermula sejak 2014 selepas menjadi mangsa buli di sekolah.

Walaupun bimbang dengan ibu jarinya yang mula bertukar kehitaman, gadis itu nekad menyembunyikan perkara tersebut daripada pengetahuan keluarga dan juga rakannya.

Courtney menyembunyikannya dengan memakai kuku palsu selama empat tahun selain meenggunakan taktik menggenggam tangannya.

Foto: HienaLouca

Namun, masalah itu akhirnya terbongkar selepas Courtney disahkan menghidap kanser kulit di ibu jarinya di mana kes sebegini jarang berlaku.

“Apabila saya mendapati tabiat menggigit kuku menjadi punca kanser tersebut, ia amat mengejutkan saya.

“Di kepala saya, saya hanya fikir saya lakukannya untuk diri sendiri tetapi saya tahu saya tidak patut berbuat demikian. Sukar untuk saya mempercayainya,” katanya.

Sejak disahkan menghidap penyakit itu pada Julai lalu, Courtney telah menjalani empat pembedahan. Meskipun ada usaha untuk menyelamatkan ibu jarinya, namun ia terpaksa dipotong pada pembedahan keempat.

Foto: vaaju.com

Courtney bertemu seorang doktor untuk alasan kosmetik dan dirujuk kepada pakar bedah plastik yang mencadangkan agar kuku itu dibuang untuk menyingkirkan kulit hitam tersebut.

Namun sebelum pembedahan pertama dilakukan, doktor memberitahu ada sesuatu yang tidak kena dan saya melakukan biopsi.

“Mereka melakukan lebih banyak pemeriksaan dan keputusannya mendapati saya dijangkiti melanoma malignan yang sangat jarang berlaku terutama untuk seseorang pada usia saya,” katanya.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 16 Aug 2023

[VIDEO] Gelagat Lisa Surihani Menari Curi Perhatian, Netizen Komen -“Dia Menari Pun Cantik, Tak Faham!”

Geram ek tengok Lisa ni, min sendiri tak faham cantik bethulll!💗💗💗💗

Featured Mon, 11 Jun 2018

7 Rahsia Untuk Menangkap Gambar Selfie Atau #OOTD Yang Perfect

Bila anda dah kuasai semua tip ini, barulah boleh jadi Instafamous.

Gaya Hidup Fri, 13 Apr 2018

Guna Tips Ini Untuk Cuci Kesan Pensel Warna Pada Dinding Rumah Anda. Tak Perlu Cat

Anak anda bukannya guna kertas sebagai platform untuk menunjukkan bakat melukis mereka, tapi dinding rumah.

Featured Fri, 9 Sep 2022

Netizen Dakwa Video Tular Dedah Wajah Bilal, Ini Respons Neelofa

Pelanduk dua serupa kot ni? Hihi ☺️ Ramai tak sabar nak tengok muka comel Bilal kannn 🤪

Gaya Hidup Sat, 1 Sep 2018
Featured Tue, 11 Sep 2018

Jurufoto Ini Guna Refleksi Cermin Untuk Mengambil Gambar Keindahan Alam. Hasilnya Memang Wow!

Dengan menggunakan cermin bulat, hasil karyanya memang cukup mengagumkan!

Featured Mon, 1 Jun 2020

Janna Nick kongsi senaman mudah untuk kecilkan paha

Jika dia berjaya, anda juga boleh!