Featured By: Shaidah Shafie May 20, 2020 @ 3:28pm

Ingin mencuba solekan mata kucing seperti Gadis Trivago? Ikuti 4 langkah mudah ini!

Gadis Trivago atau nama asalnya Dahlia Shazwan terus dikenali ramai walaupun sudah tidak lagi menjadi gadis yang muncul dengan pelbagai iklan membabitkan percutian itu.

Kini tampil anggun dengan lilitan tudung yang sentiasa kena dengan bentuk wajahnya, namun Dahlia tetap kekal dengan solekan mata kucing yang cukup sinonim dengan penampilannya.

Teknik solekan mata kucing bukan teknik baharu dalam kanvas solekan wanita, namun tidak semua mahir menggarisnya pada bahagian atas mata kerana sentuhan berkenaan walaupun tampak ringkas, memerlukan kemahiran supaya kemas dan cantik.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Banyak betul pesen sekarang

A post shared by Dahlia Shazwan (@dahliashazwan) on

Selain tangan perlu cekap, pensil mata yang digunakan juga hendaklah sesuai dengan kulit wajah atau mengikut keselesaan anda.

Mungkin ada yang gemar dengan pensil mata basah atau ada juga yang memilih pensil mata kering bagi mengelakkan garisan bersememeh pada mata apabila digariskan.

Pokok pangkalnya, teknik solekan pembayang mata persis mata kucing itu menjadikan anda individu berbeza kerana ia memberi impak sedikit garang, namun pada masa sama menyerlahkan keyakinan pada wajah anda.

 

Soleka mata kucing dilakukan Nicole Ritchie sesuai dengan bentuk wajahnya – gambar hiasan. Foto: atomiyme.com

Sama ada pada hari Lebaran atau ketika hari biasa, tidak perlu musykil untuk menggariskan solekan berkenaan, rias mata mengikut apa yang anda mahu dan bukannya mengikut apa yang dilakukan individu lain.

Empat langkah mudah ini pasti menyeronokkan untuk dicuba pada wajah sendiri:

Langkah 1:
Buat garis nipis bermula dari bahagian hujung mata ke bahagian luar, panjang garis bergantung kepada anda. Jika mahu sayap solekan kelihatan menyerlah, panjangkan sedikit garis berkenaan.

Buat garisan nipis bermula dari hujung mata (gambar kiri) dan lakukan satu lagi garis nipis bermula pada bahagian atas mata, tarik ke kanan dan temukan dengan hujung garis bawah. Foto: : Pinterest.com

Langkah 2:
Buat satu lagi garis nipis bermula pada bahagian tengah mata, tarik dan temukan dengan garis hujung yang mula-mula tadi.

Langkah 3:
Buat kemasan garis dan kemudian warnakan bagaina kosong dengan mata.

Warnakan bahagian kosong dengan cermat (gambar kiri) dan hasilnya anda akan peroleh solekan berani mata kucing seperti gambar sebelah kanan. Foto: Pinterest.com

Langkah 4:
Lihat hasilnya, sayap berkenaan menyerlah sikap yakin diri anda! Bukan Dahlia sahaja yang berani berbeza, anda juga boleh dengan tiga langkah mudah itu. Latih tangan lakukannya sentiasa supaya anda mahir membuat solekan itu walaupun dalam masa yang singkat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Mon, 12 Feb 2018

Nak Stailo Tapi Sibuk, Baca Tips Fesyen Nadia Annuar

Tugas sebagai pengacara memerlukan Nadia Shahrul Annuar sentiasa tampil menarik di khalayak umum.

Featured Mon, 16 Jan 2023
Featured Tue, 28 Jun 2022
Featured Fri, 3 Apr 2020

Kagum lihat Raja Permaisuri Agong tetap memasak ketika kuarantin  

Turut sedia sarapan untuk Yang di-Pertuan Agong

Featured Fri, 5 Nov 2021

Demi Mengajak Jennie BLACKPINK Dinner Bersama, Personaliti Media Sosial Filipina Sewa Papan Iklan Berharga RM123,000

Peminat BLACKPINK kecoh apabila mengetahui Christian Albert Gaza atau lebih dikenali sebagai Xian Gaza di media sosial telah mengajak Jennie BLACKPINK keluar bersama melalui papan iklan yang terletak berhampiran bangunan YG Entertainment. Bangunan YG Entertainment […]

Featured Fri, 29 Jun 2018

Lagu Tema Filem Pulang ‘Layarlah Kembali’ Nyanyian Dayang Nurfaizah Runtun Emosi

Merdu dan mantap sungguh vokal Dayang Nurfaizah menyanyikan lagu tema filem Pulang.

Oh Lawa Mon, 2 Apr 2018

Ini Cara Mudah Untuk Mencuci Beauty Blender. Bukan Saja Bersih Tapi Nampak Macam Baru!

Dulu, cara untuk memakai foundation adalah samada dengan menggunakan jari ataupun berus. Sekarang dah ada “beauty blender”, sejenis span yang memudahkan aplikasi foundation agar ia rata di atas kulit.

Featured Mon, 13 Jan 2020
Featured Wed, 30 Aug 2023

Dikritik Selalu Bersolek, Ini Respons Watie Hanifiah – “Suami Suka Tengok Kita Bersiap, Pakai Makeup.. Nak Buat Macam Mana”

Suami mestilah nak tengok isteri dia sentiasa cantikkk. Tak apa melawa untuk suami kan hehe 😚