Featured By: Arfah November 5, 2021 @ 2:42pm

Demi Mengajak Jennie BLACKPINK Dinner Bersama, Personaliti Media Sosial Filipina Sewa Papan Iklan Berharga RM123,000

Peminat BLACKPINK kecoh apabila mengetahui Christian Albert Gaza atau lebih dikenali sebagai Xian Gaza di media sosial telah mengajak Jennie BLACKPINK keluar bersama melalui papan iklan yang terletak berhampiran bangunan YG Entertainment.

Bangunan YG Entertainment merupakan bangunan syarikat agensi yang menaungi BLACKPINK.

Papan iklan tersebut menunjukkan gambar Xian Gaza dengan kapsyen yang bertulis “Kim Jennie Ruby Jane, bolehkah saya bawa awak keluar makan malam dan jadikan saya lelaki yang paling bahagia?” di dalam bahasa Inggeris dan Korea.

Xian juga berkongsi gambar papan iklan tersebut di dalam Facebook miliknya dimana dia meluahkan perasaan sukanya terhadap Jennie.

“Saya tidak tahu bagaimana hendak menghubunginya, jadi saya letakkan papan iklan di tengah-tengah bandar Korea Selatan.

“Saya berharap dia akan berkata ya,” tulis Xian di perkongsian Facebooknya.

Perkongsian Facebook Xian yang disertakan tanda pagar #JennieChristianDinnerDate itu telah meraih 90,000 tanda suka dan 26,000 perkongsian setakat ini.

Xian di dalam perkongsian berasingan di Facebook miliknya pula berkata, kos sewaan papan iklan tersebut berjumlah 1.5 juta peso Fillipina yang bersamaan lebih RM123,000.

Portal berita hiburan Korea, Allkpop melaporkan ini bukan kali pertama Xian melakukan perkara kontroversi sebegini.

Xian sebelum ini pernah mengajak pelakon wanita Filipina, Erich Gonzales untuk minum kopi bersama melalui papan iklan pada tahun 2017, tetapi ditolak oleh pelakon wanita tersebut.

Sumber: Allkpop

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Fri, 15 May 2020

NAFAS Cube, penginapan unik yang luar biasa dan mengujakan

Destinasi wajib dikunjungi selepas tamat PKP!

Trending Wed, 1 Jun 2022
Hiburan Sun, 28 Oct 2018

71岁汪明荃唱跳两小时!罗家英欲来马买房子

「阿姐」汪明荃《辉煌50 汪明荃2018 云顶演唱会》圆满举行!8月刚过71岁生日的阿姐,入行超过50年,在演唱会上劲歌热舞唱足2小时,把几十年的经典再次演绎一满歌迷的瘾。

Featured Tue, 28 Mar 2023
Featured Mon, 27 Apr 2020
Trending Wed, 29 Jul 2020