Categories: FeaturedSihat

Ini cara untuk kira berapa sudu gula yang ada dalam minuman anda

Minuman berkarbonat memang sedap! Ramai orang menyukai rasanya yang manis, ditambah pula dengan elemen bergas, ia semestinya menyegarkan terutamanya apabila diminum ketika cuaca panas.

Bagi pengemar minuman ini pastinya mereka pernah mendengar kenyataan bahawa satu tin biasa minuman berkarbonat ini sebenarnya mengandungi sembilan sudu kecil gula. Sembilan, banyaknya!

Hakikatnya ketika kita menikmati minuman ini, kita mungkin tidak menyedari atau terlupa akan kandungan gula di dalamnya, namun pada masa sama kita tidak boleh menafikan bahawa jumlah itu sememangnya banyak. 

Bukan minuman berkarbonat sahaja yang mengandungi jumlah gula yang tinggi, rata-rata hampir semua minuman berperisa yang ada di pasaran sekarang mengandungi jumlah gula yang banyak.

Menurut pakar nutrisi Andy Bellatti, had pengambilan gula dalam sehari yang disyorkan ialah sebanyak 40 gram, tetapi jika jumlahnya ialah dalam kiraan gram, mungkin anda tidak dapat bayangkan berapa banyak sebenarnya gula yang anda ambil.

Jumlah dalam gram hanyalah satu bentuk nombor, tetapi jika dihitung dalam kiraan sudu, kenyataannya lebih jelas.

Jom kira!

Ingin tahu berapa banyak sudu gula yang anda telan ketika meminum satu botol air berperisa? Mudah saja untuk mengiranya.

Bahagikan jumlah kandungan gula (dalam gram) yang tertera di label minuman itu, dengan 4.

Bahagikan jumlah gula dalam minuman dengan 4. Sumber: GreenEyedGuide

Contohnya:

Satu tin minuman ini mengandungi 11 gram gula. Jika dibahagikan dengan 4, anda mendapati jawapannya ialah 2.75. Ini bermakna di dalam satu tin minuman itu, ada lebih kurang tiga sudu gula.

Jadi selepas ini, jika anda ingin mengetahui berapa banyak gula yang anda ambil, buatlah pengiraan ini yang dikongsikan oleh Business Insider. Semoga sihat!

Ad Ops