Categories: FeaturedGaya Hidup

Ini Warna Kereta Yang Berisiko Kemungkinan Untuk Terlibat Dalam Kemalangan

Sebelum beli kereta, memang banyak yang kita perlu pertimbangkan, seperti bagaimana rupa dalaman dan luarannya, sebagus manakah enjin kereta itu, serta sejauh mana teknologi keselamatannya boleh melindungi penumpang.

Anda memang berpotensi untuk pening kepala, tapi mungkin sebab itu, bahagian yang paling menyeronokkan adalah memilih warna kereta yang anda nak. Yalah, dah beli kereta baru, mestilah kena “show off“. 

Tapi rupa-rupanya, warna yang anda pilih mungkin boleh mempengaruhi kecenderungan anda untuk terlibat dalam kemalangan jalan raya!

Menurut Kelley Blue Book, warna perak adalah warna kereta yang paling popular, manakala putih pula berada di tempat kedua.

Walau bagaimanapun, di antara dua warna ini, putih menandingi perak dari segi rating keselamatan, berdasarkan kajian oleh Monash University’s Accident Research Centre.

Katanya, kereta putih adalah 12% lebih kurang cenderung untuk kemalangan daripada kereta hitam, tak kiralah masa pada sesuatu hari itu. Warna cream, kuning dan beige tersenarai tak jauh selepas putih.

Selain hitam, warna yang paling merbahaya adalah kelabu (11% lebih berisiko), perak (10% lebih berisiko), biru dan merah (7% lebih berisiko). 

Apa-apa pun, jika anda nak melabur dalam warna kereta yang paling selamat, pilihlah warna putih.

Sumber: Reader’s Digest

Ad Ops