Pelakon Boys Over Flowers Ini Terluka Tidak Dibenarkan Jumpa Anak

Kalau dulu kita seringkali sahaja mampu bersengkang mata semata-mata mahu menyaksikan drama bersiri kegilaan ramai berjudul Boys Over Flowers, namun kali ini salah seorang pelakon dalam drama bersiri tersebut mengakui beliau kini berasa sedih kerana tidak dibenarkan bertemu anaknya.

Sumber : Google

Kim Hyun Joong memberitahu hal tersebut menerusi satu sidang media ketika beliau mahu mempromosikan drama terbaharu lakonan beliau berjudul When Time Stopped.  Menurut beliau, apapun jalan yang ada beliau akan cuba sehabis yang mungkin.

” Saya  ingin menjelaskan tentang perkara sebenar, saya berada dalam situasi di mana saya tidak dibenarkan untuk bertemu dengan anak saya buat masa ini. Sejujurnya saya sendiri tidak tahu apa solusi yang terbaik yang patut dilakukan. Tapi rasanya saya sendiri akan melakukan yang terbaik. Hal ini tidak dapat saya jelaskan dengan lebih lanjut. saya tidak mahu perkara ini meninggalkan kesan kepada anak saya.” Katanya.

Sumber : Instagram @kim_hyun_joong

Pada tahun 2014, teman wanita Hyun Joong yang dikenali sebagai A telah memfailkan saman terhadap beliau kerana didakwa melakukan serangan pada tahun tersebut.

Walaubagaimana pun, A mendakwa dia mengandungkan anak teman lelakinya itu sebelum membuat permohonan ujian DNA.

Adui, ingatkan dunia hiburan Malaysia je penuh kontroversi, Korea pun sama jugak!

Salma Syahbuddin