Eat Travel By: Ad Ops May 28, 2019 @ 12:00pm

Inilah evolusi tart nanas, yang mana satu menjadi kegemaran anda?

Pastrinya gebu dan rasanya sedikit masin dan berlemak. Intinya pula manis. Apabila dimasukkan ke dalam mulut, ia hancur dengan lembut dan anda akan dapati bahawa gabungan ini sememangnya sepadan serta memberikan satu kepuasan yang tidak terhingga kepada si pemakan. Dapatkah anda bayangkan?

Inilah sebabnya tart nanas dianggap sebagai antara kuih yang paling diminati ramai sepanjang Hari Raya.

Foto: Upper Crust Bakery

Tahukah anda asal usul kuih ini? Sebenarnya sejak berkurun lalu, pai seperti pai epal adalah sejenis hidangan yang popular dalam kalangan warga Eropah. Konsep tart pula sama sahaja seperti pai, tetapi tidak dilitupi dengan pastri.

Pelayar Portugis yang datang ke Asia pada kurun ke-16 dikatakan telah memberi inspirasi kepada masyarakat Peranakan di Melaka

Dengan adanya ladang nanas yang luas di rantau ini, maka pastri diubah suai dan terhasillah hidangan kuih tart nanas yang kita nikmati pada hari ini. 

Bagaimanapun, sejak itu hidangan ini sudahpun melalui pelbagai ‘pembaharuan’ dari segi rupa bentuk dan rasa. Jom kita lihat rupa tart nanas yang pernah dihasilkan, dari dulu hinggalah sekarang. 

Antara yang paling biasa kita lihat ialah tart nanas gulung. Pastrinya sama ada berjalur biasa atau berjalur dan menggerutu.

Foto: El Mundo Eats

Foto: jasminshahab205.blogspot.com

Selain itu, tart yang popular ialah tat Nyonya. Pastrinya tampak seperti kepingan biskut tetapi dengan topping tart.

Foto: Instagram @mummydesserts

Ada juga tart Nyonya yang berbentuk seperti bakul!

Foto: Carousell @athirazully

Di bawah ini pula ialah tart Nyonya bunga.

Foto: Imglogy.com

Tart Nyonya di bawah ini ada butiran comel di atasnya.

Foto: Instagram @aliacempaka

Ada juga tart nanas yang berbentuk bujur atau bulat yang mana intinya berbalut rapi.

Foto: Resipi Citarasawan

Foto: Sweet & Scrumptious

Lama-kelamaan, rupa bentuk tart nanas berubah daripada bulat ke sesuatu yang lebih bersegi. Ada yang berbentuk kiub dengan jalur serong dan ada juga yang berbentuk silinder.

Foto: Instagram @almarimakanan

Foto: @Goyantiebakedstore

Konsep pastri berintikan jem nanas diteruskan lagi, tetapi dengan bentuk luaran yang berbeza. Kali ini, inspirasinya datang daripada elemen semula jadi.

Di bawah ini ialah tart nanas landak atau duri. Corak berkenaan dibuat dengan menggunakan gunting. Gigih betul!

Foto: Twitter @tertumbuk

Lebih halus ukirannya ialah tart yang berbentuk daun. Sayang rasanya untuk dimakan!

 

 

Lama-kelamaan, pembuat kuih tart sudah mula pandai dan berani bereksperimen. Kini sudah ada variasi yang berwarna-warni, tetapi intinya tetap nanas manis.

Foto: kelasbakingroza

Berdasarkan gambar-gambar di atas, ternyata penghasilan tart nanas sekarang semakin kreatif, tetapi ia tidak terbatas pada bentuk dan rupa tart nanas sahaja. Rasanya turut diubah suai dan diberikan sentuhan moden.

Yang popular baru-baru ini ialah ‘tart nanas cheese”‘yang mana tart nanas gulung biasa ditabur dengan hirisan keju. 

Foto: @orked.house

Selain nanas, ada juga variasi tart yang menggunakan inti epal, blueberi atau strawberi! Bentuknya tetap sama dengan bentuk tat gulung.

Foto: intanaduramatamin.blogspot.com

Foto: Kudapan Qaseh

Foto: Instagram @yuzamiparadise

Variasi baharu yang paling menarik ialah tart Cadbury yang mana kepingan kiub coklat susu dibalut dengan pastri. Tidak cair ketika dibakar tetapi pasti cair di dalam mulut!

Foto: Instagram @enlyna

Tetapi sejauh mana pun kreativiti dalam membuat kuih tart, ramai orang pasti akan memilih jenis yang asli juga.

Setelah melihat pelbagai variasi rupa kuih tart nanas di atas, pasti anda teringin mahu menikmatinya, bukan? 

Bagi anda yang masih belum sempat membeli kuih raya, jangan lupa beli tart nanas, ya! Selamat Hari Raya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 23 Dec 2022

Tak Sampai Setahun Jadi Ibu Tunggal Dah Berkahwin Jadi Kritikan Netizen, Ini Respons Anita Baharom

Perkara baik kena lah dipercepatkan.. Tahniah Anita and cik suami!

Featured Wed, 7 Dec 2022
Eat Travel Fri, 28 Dec 2018

21 Undang-Undang Pelik Di Negara Lain Yang Anda Mungkin Tak Pernah Dengar

Jadi nanti bila anda mengunjungi tempat-tempat ini, hati-hati ya!

Featured Fri, 2 Apr 2021

12 April Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadan

Bulan Ramadan menjelang tiba.. Tarikh melihat anak bulan Ramadan di Malaysia adalah pada petang Isnin, 12 April ini iaitu bersamaan 29 Syaaban 1442 Hijrah. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dalam kenyataan pada Jumaat menyatakan tempat […]

Featured Thu, 22 Dec 2022

Dianggap Playboy, Qi Razali Ambil Masa Rawat Hati – “Tidak Adil Untuk Wanita Itu…”

Bukan senang nak cari pasangan hidup kan.. So, choose wisely!

Featured Mon, 15 Aug 2022
Featured Tue, 14 Sep 2021

Pengecualian Bayaran Faedah Bagi Penerima Moratorium Pinjaman Bank – Tengku Zafrul

Proses dipermudahkan agar semua golongan dapat dibantu

Featured Tue, 15 Aug 2023