Categories: FeaturedGaya Hidup

Isi Borang 40 Muka Surat Dulu Baru Boleh Masuk Ke Rumah Hantu McKamey Manor. OMG!!

McKamey Manor diisytihar sebagai rumah hantu paling menyeramkan!

Nak tahu kenapa? Ini kerana untuk anda masuk ke dalam rumah tersebut anda perlu mengisi borang pengecualian setebal 40 muka surat. 

Seperti yang dikhabarkan portal WTHR, rumah hantu yang terletak di Summertown, Tennessee di Amerika Syarikat itu begitu ekstrem sehingga memerlukan peserta mengisi borang kerana pihak penganjur enggan bertanggungjawab di atas sebarang risiko yang berlaku.

Mereka juga perlu memberikan ‘perkataan selamat’ sebelum dapat masuk ke rumah hantu berkenaan.

Dilaporkan, hampir tiada seorang pun yang mampu menghabiskan pengalaman masuk ke McKamey Manor yang dimiliki oleh Russ McKamey.

Foto: The Vintage News

Namun, jumlah orang yang berharap untuk mencuba masuk ke rumah hantu tersebut sangat ramai.

Menurut laporan 12News, terdapat 24,000 permohonan semasa untuk diproses oleh pemilik rumah tersebut.

McKamey Manor juga dipaparkan dalam siri dokumentari Netflix ‘Dark Tourist’, sebuah program yang menunjukkan wartawan David Farrier berkunjung ke lokasi pelancongan berhantu dan luar biasa di seluruh dunia.

McKamey Manor bebas dikunjungi oleh sesiapa yang berani mencuba pengalaman menggerunkan dan keseluruhan pengalaman mengambil masa berjam-jam.

Mereka yang menyelesaikan pengalaman masuk ke McKamey Manor akan diberikan hadiah, lapor NBC 12.

Foto: The Vintage News

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi para peserta

  • Berusia 21 dan ke atas, atau 18-20 tahun dengan kelulusan ibu bapa.
  • Selesaikan latihan fizikal sukan dan mengemukakan surat doktor yang menyatakan bahawa peserta itu sihat daripada segi fizikal dan mental.
  • Lulus pemeriksaan latar belakang.
  • Diperiksa melalui Facebook, ‘face time’, atau telefon.

Sumber: mStar

Yanie Baharom