Akur Peminat Bukan Muda Lagi, XPDC Muncul Dengan Rock Dakwah

Kumpulan rock lagenda, XPDC kini muncul dengan album terbaru, Doa. Menariknya album ini mengandungi lagu-lagu dengan elemen dakwah.

Kata Ali selalu vokalis, album yang mengambil masa dua tahun pembikinannya ini cukup istimewa kerana lirik lagu menjurus ke arah ketuhanan.

“ Peminat XPDC bukan muda lagi. Lirik lagu dalam album doa lebih mendekatkan kita dengan Tuhan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran album Doa di The Saddle Coffee House, Bukit Kiara, semalam.

Dalam pada itu, Ali turut berkongsi kisah bagaimana dia menyertai kembali kumpulan XPDC.

“ Saya mendapat nasihat daripada seorang ustaz yang mana dia memberitahu saya boleh berdakwah menerusi lagu.

” Saya berharap dakwa menerusi muzik dalam album ini dapat memberi nasihat kepada orang ramai untuk berubah ke arah kebaikan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran album Doa di The Saddle Coffee House, Bukit Kiara, semalam.

XPDC dianggotai oleh Mael, Izo, Zuar dan Amy pernah mencatat penjualan album terbaik sehingga melebihi 100,000 unit antaranya menerusi album Darjah Satu (1990), Timurbarat (1992), Kita Peng-Yu (1994), Brutal (1997) serta beberapa kompilasi.

Album Doa XPDC kini berada di pasaran, jangan lupa dapatkannya ya!

 

SGMS Faida