Categories: familuvFeatured

Anak Tiba-Tiba Muntah, Ini Cara Untuk Hadapinya

Penulis percaya, para ibu pasti akan panik apabila anak tiba-tiba muntah. Betul tak? Lagi-lagi bagi mereka yang baharu saja mempunyai seorang anak, pastinya akan gelabah lain macam!

Untuk pengetahuan anda, anak yang muntah akan kehilangan banyak cecair. Jadi, memang patut anda risau! Kebiasaannya, para doktor akan menyarankan untuk memberikan cecair yang cukup untuk anak yang mengalami muntah-muntah ini. 

Hal ini kerana, cecair tersebut akan menggantikan cecair yang keluar supaya anak anda tidak akan terhidrasi. Para doktor juga akan mencadangkan untuk memberikan larutan elektrolit atau cecair jernih seperti cuka epal yang telah dicairkan kepada anak anda.

Foto: Klikdokter

Namun, anda juga perlu tahu sepatutnya anda lakukan sepanjang anak anda mengalami muntah-muntah. Antaranya seperti berikut:

1. Apabila bayi anda telah berhenti muntah, berikan bayi anda air atau larutan elektrolit dalam jumlah yang sedikit (jika ada) setiap setengah jam hingga satu jam.

2. Jika bayi anda boleh meminumnya tanpa dimuntahkan semula, berikan dia sebanyak 2 auns (50ml) larutan elektrolit berselang-seli dengan 2 auns (50ml) cecair jernih setiap setengah jam. 

3. Selepas dia berjaya minum dua dos yang tersebut tanpa muntah, tambah susu atau susu formula yang dicairkan dan tambahkan kuantiti setiap susuan sehingga 3 atau 4 auns (80-100ml) setiap tiga atau empat jam. 

Sekiranya bayi anda sudah tidak muntah dalam masa 12 hingga 24 jam, anda boleh berikan dia diet seperti biasa tetapi berikan cecair yang banyak.

Mulakan dengan makanan yang mudah dicerna seperti bijirin atau yogurt. Anda juga boleh beri cecair jernih beku seperti ais krim Malaysia jika anak anda berusia lebih daripada 12 bulan.

Pastikan anak anda dapat tidur secukupnya kerana, apabila tidur kandungan perut akan dikosongkan ke dalam usus sekaligus mengurangkan rasa hendak muntah. Jangan berikan anak anda sebarang ubat tahan muntah kecuali pakar pediatrik yang mencadangkan.

Semoga bermanfaat!

Sumber: BabyCenter

tex_admin