familuv By: Yanie Baharom May 7, 2020 @ 2:30pm

Isteri dan ibu paling banyak kumpul pahala puasa. Nak tahu kenapa, ini sebabnya!

Memasak untuk suami dan keluarga, sudah menjadi tugas seorang wanita, bergelar isteri dan ibu.

Tanggungjawab itu merupakan satu bentuk pengorbanan dan dedikasi seorang wanita seumur hidup, apabila sudah berumah tangga dan mempunyai anak.

Tetapi ramai yang tidak tahu, apabila seorang isteri dan ibu bersusah-payah menyediakan hidangan berbuka untuk suami juga keluarganya, pahala yang diperoleh mereka berganda daripada bulan-bulan yang lain.

Tapi kenapa bulan Ramadan saja puasa berganda, bagaimana ia dikira dan apa hujahnya?

Menerusi perkongsian Ustaz Khairul Basri Anuar di laman Facebook miliknya, Ramadan adalah waktu terbaik untuk isteri dan ibu menggandakan pahala hanya dengan memasak juadah berbuka puasa.

Foto: Pa & Ma

“Orang yang paling banyak pahala puasa di rumah musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP ) ini adalah isteri dan emak kita.

“Apa sebabnya? Sebab mereka ini memasak setiap petang untuk seisi rumah berbuka puasa.

“Nampak macam biasa-biasa sahaja tugas memasak setiap petang di bulan puasakan? Tetapi sebenarnya pahala mereka dapat bukan kaleng-kaleng (biasa-biasa) tau!

“Sebanyak mana ahli keluarga yang menjamah masakan mereka masak, semua pahala puasa mereka itu, isteri dan ibu akan dapat.

Foto: Beritagar

“Pahala puasa suami, pahala puasa anak-anak. Lagi ramai anak, lagi banyak pahala puasanya. Pahala puasa mentua kalau ‘tersangkut’ rumah mentua,” katanya.

Memperkatakan hal itu berlandaskan hadis, Ustaz Khairul, menjelaskan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, orang yang beri makan kepada orang yang berpuasa, dia akan dapat pahala puasa orang yang makan makanan yang dia beri.

“Kita ingat makanan yang kita sedekah sahaja dapat pahala bukan? Yang itu betul la. Tapi kalau kita masak untuk berbuka puasa pun, itu dikira beri makan orang puasa juga.

“Jadi, isteri-isteri dan mak-mak jangan pernah mengeluh atau berasa letih untuk memasak juadah berbuka. Sebab pahalanya sangat besar.

Foto: Kompas

“Walaupun masak tak jadi ke, masak tak sedap ke, itu lain cerita. Apa yang penting, masak sahaja. Setiap masakan kita yang dijamah ketika berbuka puasa, akan dicatat pahala, termasuk pahala puasa setiap orang yang makan masakan kita itu. Hebat…hebat!

“Apa lagi jika hidangan dimasak dengan ikhlas, memasak dengan wajah manis, memasak sambil berzikir dan sambil mendengar bacaan al-Quran. Lagi la bertambah banyak pahala seorang isteri dan ibu,” katanya.

Sebelum mengakhiri coretannya, ustaz Khairul menyeru agar ilmu ini dikongsikan kepada ibu dan isteri supaya mereka bersemangat melakukan tugas yang memenatkan itu.

Apatah lagi, tugas wanita tidak terbatas pada memasak sahaja, malah mengemas rumah, membasuh dan menjaga anak.

Foto: Estrilook

Semoga mereka semua bahagia dunia dan akhirat!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 21 Dec 2023

Kadar Dividen ASB Lebih Tinggi Berbanding Tahun 2022

Berita gembira buat semua pemegang akaun👋👋👋

Featured Mon, 15 May 2023
Featured Mon, 20 Mar 2023
Featured Tue, 27 Dec 2022

“Teganya Hati Manusia Lihat Keluarga Ni Hancur, Ditinggalkan…” – Ibu Syamsul Yusof

Sayunya luahan hati ibu Syamsul Yusof 🥹🥹🥹 Untungggg Puteri Sarah dapat ibu mentua yang sangat penyayang 🥹🥹

Featured Mon, 22 May 2023
Featured Sat, 28 Mar 2020

3 punca kematian akibat COVID-19

Jumlah kematian 26 kes