Featured By: Khairil Khusyairi May 22, 2023 @ 3:15pm

Ada Gangguan Aneh, Berat Badan Sherry Ibrahim Susut Angkara Sihir? – “Saya Tiada Musuh Dengan Sesiapa”

Sebelum ini tular mengenai fizikal pelakon Sherry Ibrahim yang dikatakan susut sehingga ada yang mendakwa dirinya sakit, namun, Sherry menafikan dakwaan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Sherry Ibrahim Jawab Dakwaan Dirinya Sakit – “Berat Badan Saya Turun Mendadak Kerana…”

Terbaharu, Sherry sekali lagi tampil menjelaskan perkara sebenar mengenai dakwaan tersebut dengan menyatakan dia hanya mengalami kurang selera makan.

“Mula-mula memang saya jaga pemakanan, saya aktif beriadah. Dah bertahun-tahun saya amalkan tapi sekarang ramai yang ambil berat dan ada yang anggap saya tak sihat.

“Saya tak pernah dimasukkan ke hospital, jarang demam. Mungkin sekarang saya tak ada selera makan. Saya kena paksa semuanya,” katanya.

Disoal adakah penyusutan berat badan Sherry berpunca angkara perbuatan jahat manusia, Sherry akui dia telah ikhtiar dan reda dengan apa yang terjadi terhadapnya.

“Saya rasa saya tiada musuh dengan sesiapa. Saya yakin saya ada hubungan yang baik dengan semua orang. Tapi kadang-kadang dalam hidup ini kita tak tahu apa yang orang rasa terhadap diri kita.

“Alhamdulillah saya dah ikhtiar apa yang patut. Banyak benda saya dah ikhtiar. Lama juga (ikhtiar). Insya-Allah, apa pun kita kena berserah.

“Ini semua keizinan Allah, saya sedar, saya reda dan ikhtiar. Bila saya dapat maklum balas mengenai itu, saya sedar saya kena ikhtiar dengan cara lain,” kongsi Sherry.

Lebih mengejutkan, Sherry berkongsi terdapat gangguan-gangguan aneh yang terjadi sehingga dia enggan berhubung dengan orang.

“Saya tak pernah ada musuh, reputasi saya dalam industri pun tak ada masalah dengan orang. Saya pun tak mahu memperbesarkan hal ini

“Ada (gangguan aneh) di hujung-hujung. Banyak jawapan yang Allah beri. Saya memang berserah, Perkara begini tak boleh main-main. Allah lebih berkuasa.

“Keluarga saya ada bersama saya ketika itu, saya juga tak sedar. Saya bersukur sangat ada orang yang sentiasa bersama saya. Allah nak tunjuk kepada saya yang sentiasa ada orang yang bantu saya.

“Saya banyak elakkan diri dengan orang. Saya tak mahu jumpa orang,” dedah Sherry lagi.

Namun disebalik kisah mistik itu, Sherry menjelaskan dirinya kini dalam keadaan baik dan berharap tidak diganggu lagi malah berhak mendapat kebahagiaan.

“Alhamdulillah, Allah mendengar doa saya. Setiap yang terjadi adalah satu perkara yang Allah nak kita buka mata. Ia buat saya lebih penyabar.

“Dah okey, saya harap saya tak diganggu, saya berhak dapat kebahagiaan saya. Saya tak pernah mendoakan pada sesiapa benda yang tak baik. Saya suka tengok orang bahagia. Saya juga tak minta empati dan simpati,

“Apa yang dah jadi itu dah terjadi, saya reda. Saya hormat setiap orang yang mengenali saya,” katanya.

Dalam pada itu, Sherry turut memberi pesanan agar sentiasa berbuat kebaikan dan melepaskan apa yang bukan milik kita.

“Kita hanya manusia, Allah sahaja yang maha berkuasa. Orang yang terkena (gangguan), mungkin rasa was-was, ikhtiar sahaja.

“Berjaga-jaga, bila makan kita kena baca Bismillah, jangan gaduh dengan orang, apa yang bukan milik kita, kita kena lepaskan sebab saya bukan milik sesiapa, saya masih ada ayah saya.

“Walaupun saya tak berkahwin, tiada sesiapa boleh miliki saya, saya tak tujukan ini pada sesiapa. Kita kena sentiasa beringat pada Allah S.W.T,” harapnya.

Sumber: Melodi TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 15 Apr 2019
Featured Thu, 29 Dec 2022

Balu Abam Bocey Rasa Belum Menang Kes Saman, Memilih Berdiam Diri

Allah Maha Adil. Semoga dipermudahkan segala urusan

Trending Sat, 26 Dec 2020
Eat Travel Sat, 21 Mar 2020
Hiburan Fri, 5 Oct 2018

Awie Diarah Bayar Ganti Rugi RM 80,000 Kepada Bekas Isteri

Terdahulu, pelantun Tragedi Oktober itu didakwa dan telah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur atas pertuduhan mencederakan Rozana di kaunter Permodalan Nasional Berhad Jalan Tun Razak di sini pada pukul 3 petang, 2 Jun 2014.

Acara Wed, 24 Jul 2019

Krim aqua rich selamatkan kulit daripada ‘terbakar’

Wajib pakai krim pelindung walaupun di dalam bangunan

Trending Tue, 18 Aug 2020

MySalam Perlindungan B40 : Pampasan Bernilai Hingga RM 31.76 Juta

Perlindungan kesihatan takaful PERCUMA gaisssss, Semoga bermanfaat!