Trending By: Padin September 20, 2021 @ 5:49pm

Belum Matang 14 Hari Tapi Nak Holiday Di Langkawi, 2 Pelancong Wanita Diarah Berpatah Balik

Gara-gara suntikan dos kedua vaksin Covid-19 belum mencecah tempoh matang 14 hari, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengarahkan dua pelancong wanita yang mahu bercuti ke Pulau Langkawi, Kedah supaya berpatah balik ke Terminal Feri Kuala Perlis, Perlis.

Individu berusia 32 dan 35 tahun itu dikesan melakukan kesalahan itu ketika pemeriksaan polis ke atas semua penumpang yang baharu sahaja tiba di Terminal Feri Kuah pada 12 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, kedua-dua wanita itu dilaporkan secara bersama menaiki feri penumpang dari Terminal Feri Kuala Perlis untuk bercuti ke Langkawi.

“Pemeriksaan anggota polis bertugas di balai ketibaan Terminal Feri Kuah mendapati kedua-dua penumpang terbabit menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19.

“Bagaimanapun, kami mendapati tempoh matang suntikan dos kedua diterima mereka belum mencapai tempoh 14 hari seperti ditetapkan iaitu kurang tiga hari,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kata Shariman, atas sebab itu, kedua-dua wanita terbabit dirujuk kepada Pegawai Perubatan yang berada di lokasi pemeriksaan bagi melakukan pengesahan status vaksin mereka.

Susulan itu, mereka diarahkan untuk berpatah balik ke Kuala Perlis dengan menaiki feri kenderaan dan penumpang dari Dermaga Tanjung Lembung pada 2 petang semalam.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 23 Mar 2021
Trending Mon, 19 Mar 2018

「枇杷膏」是调酒神配料?外国最惊奇新流行

外国网友近日发现「念慈庵川贝枇杷膏」除了止咳的效果非常好之外,且也是调酒界的「神级配料」!日前在美国更是被炒到天价70美元(约274令吉)的价格,比正常价格贵了10倍以上。

Trending Sun, 15 Nov 2020
Trending Wed, 13 May 2020
Trending Tue, 6 Mar 2018

Pensyarah Pakai ”Cosplay” Pergi Class Setiap Hari,

Memakai pakaian Cosplay sewaktu mengajar dapat mencuri perhatian anak muridnya. Lebih dari 60 koleksi pakaian yang dimilikinya

Hiburan Mon, 8 May 2023
Hiburan Mon, 27 Mar 2023

Takkan Mudah Buah Tangan Baharu Rief Daniel

Tahniah atas single yang terbaharu!

Featured Wed, 11 Jan 2023

Leona Balik UK, Azhar Sulaiman Nasihat Jangan Ada Kekasih – “I Ada 10 Boyfriend!”

Pelakon Azhar Sulaiman memberi nasihat kepada anaknya, Kasih Iris Leona sebelum berangkat pulang ke United Kingdom. @azharbsulaimanBalik UK dah Leona…. Have a Safe Flight Bambam….♬ original sound – 𝓛𝓪𝓷𝓼669💎 – 𝓛𝓪𝓷𝓼💎 Menerusi perkongsian Azhar di

| Live TV