Featured By: Maya Basir February 14, 2023 @ 10:33pm

“Pakai Macam Ni Pun Kena…” – Lawat Kawasan Banjir, Young Syefura Kesal Terima Komen Lucah

Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman tidak terkecuali daripada menjadi mangsa gangguan seksual dengan menerima kata-kata lucah tentang pemakaiannya.

Menerusi perkongsian gambarnya di Facebook, individu tersebut didakwa melemparkan komen bebaur lucah tentang pemakaiannya ketika turun padang melawat kawasan banjir kilat di Bukit Tinggi, Pahang.

Selain itu, Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Seri Huang Tiong Sii turut berada di dalam foto tersebut.

Kemudian, komen tersebut mendapat perhatian Syefura dan dia meluahkan rasa hairan gambar sedemikian boleh mendatangkan kata-kata lucah seperti itu.

“Pakai macam ni pun kena komen lucah,” ujarnya menerusi ciapan di Twitter dengan membalas kepada gambar individu tersebut.

Meninjau di ruangan komen ciapan tersebut, rata-rata netizen terkejut dengan komen itu dan menyarankan ahli Parlimen itu untuk membuat laporan polis.

“Buat laporan polis YB. Gangguan ni.

“YB buat report terus. Manusia yang tiada akal ni kena ajar saman je. Saman sampai terduduk baru hendak berakal.

“Saman dia YB, baru dia tahu langit tinggi rendah,” komen netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 10 Apr 2021

Bukan Gimik! Ini Punca Kenapa Shaheizy Sam Menangis…

Ni memang sebak, min pun nak nangis dah….

Featured Fri, 2 Dec 2022

Terima Panggilan Daripada Ungku Ismail, Norreen Iman Menangis Nad Zainal Sudah…

Pelakon dan pempengaruh Norreen Iman yang terkenal dengan perangai ‘gila-gila’ di media sosial terkejut apabila menerima panggilan Ungku Ismail berkaitan keadaan Nad Zainal yang sedang sakit. Menerusi perkongsian di Instagram Story, Norreen memberitahu Ungku Ismail

Trending Thu, 12 Aug 2021

Ustaz Bongkar Rahsia Disebalik Kopiah & Kebaikan Amal Jariah Siti Sarah

MasyaAllah! Semoga ini menjadi tauladan dan juga ikutan buat kita semua

Featured Thu, 3 Jun 2021

Sistem Kesihatan Mungkin Lumpuh Sepenuhnya Menjelang 5 Jun

Sistem perkhidmatan kesihatan negara boleh lumpuh menjelang 5 Jun ini sekiranya sekatan pergerakan menyeluruh tidak dilakukan. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, ia unjuran situasi terburuk di Malaysia memandangkan kadar jangkitan harian semakin

Cahaya Mata Wed, 28 Dec 2022

Sedih Jauh Dengan Keluarga, Sajat Lebar Sayap Buka Perniagaan Di Australia

Usahawan kontroversi, Nur Sajat mendedahkan dirinya sedih setelah lama berjauhan dengan keluarga. @sajatperempuanfuh Replying to @mariabritneyyy ANAK-ANAK ADALAH KEKUATAN SAJAT #fyp #fypシ #sajat #nursajat #foryou #viral #fypシ゚viral ♬ original sound – SajatNur Menerusi hantaran yang

Hiburan Wed, 13 Nov 2019

Meghan Markle Hamil Anak Kedua?

Wah, kalau betul apa salahnya kan?

Featured Thu, 6 Jan 2022

Bot Karam Ketika Misi Menghantar Bantuan Makanan

Tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Tahan berhadapan situasi yang mendebarkan apabila bot yang mereka naiki karam di Sungai Tembeling, Jerantut, Pahang pada Rabu. Menerusi video yang dimuat naik oleh Sukan Star TV, salah

| Live TV