Categories: FeaturedGaya Hidup

Jangan Makan Bahagian ‘Bersih’ Pada Roti Yang Berkulat!

Kadang-kadang roti yang kita beli mungkin tidak dapat dihabiskan sebelum expired date. Betul tak? Bila roti dah ditumbuhi kulat, rasa ‘sayang’ pula nak buang. 

Mungkin ada dalam kalangan anda yang tidak peduli dan akan makan bahagian ‘bersih’ pada roti berkulat kononnya ia masih elok dan sayang untuk dibuang. 

Tahukah anda bahawa, bahagian tersebut nampak saja bersih tapi sebenarnya ia sudah dicemari dengan akar kulat yang menjalar pada semua bahagian roti.

Melalui perkongsian oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan, sebenarnya tidak wujud bahagian bersih pada roti yang berkulat!

Ini kerana, kulat adalah sejenis fungus seperti cendawan. Seperti cendawan, kulat juga mempunyai ‘topi’ yang mudah dikesan dengan mata kasar. Namun, akarnya yang tersembungi dikenali hyphae adalah berbahaya buat manusia. Hyphae ini membentuk rangkaian akar di dalam roti, maka bahagian bersih dalam roti pastinya tidak selamat!

Foto: Maukerja

Jadi, jangan ambil remeh tentang perkara ini kerana risiko makan roti yang dah tercemar boleh menyebabkan keracunan makanan. Bukan sahaja roti, makanan lain yang sudah tamat tempohnya juga tidak boleh dimakan lagi kerana ia tidak selamat untuk tubuh badan kita. 

Sebelum makan, pastikan anda semak tarikh luput dan periksa tekstur makanan tersebut terlebih dahulu, adakah ianya betul-betul selamat ataupun tidak.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Facebook

tex_admin