Categories: Filem

Raisha 2 Kembali Menuntut Kesempurnaan Hanya Di Tonton!

Kali ini, tonton membawakan sambungan siri original Raisha yang akan bersiaran di slot Lestary TV3 untuk para penonton buat kali kedua. Drama bersiri ini diarahkan oleh pengarah Nizam Zakaria dan skrip ditulis oleh  Mufid Suhaimi. Raisha 2  disiarkan sebanyak 12 episod secara eksklusif di tonton dalam format berdefinisi tinggi (HD).

Untuk episod kali ini, Raisha yang bercita-cita ingin menjadi selebriti terkenal mengorak langkah dengan meninggalkan keluarganya untuk berhijrah ke Kuala Lumpur bersama Rashdan (Fadlan Hazim), yang menjanjikan watak utama untuk filem akan datang. Dan, menurut Raisha penceraian adalah jalan terbaik selepas tidak tahan lagi dengan karenah Fuad (Hafidz Roshdi) yang memaksanya untuk berubah.

Menurut, Pengarah tonton, Pelesenan & Pembarangan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Airin Zainul, genre yang dipilih adalah amat bersesuaian dengan citarasa peminat lantas membuatkan pihak kami berkongsi idea untuk menghasilkan dua pengakhiran cerita yang berbeza bagi memberi peminat peluang apakah pengakhiran yang paling sesuai untuk Raisha 2 pada kali ini.

” Genre drama adalah pilihan tontonan paling popular di platform tonton, seterusnya membuatkan kami bersemangat mengolah semula kisah Raisha. Raisha yang bakal disiarkan di tonton akan menampilkan dua pengakhiran yang berbeza, menambahkan keterujaan peminat drama Raisha.’’

‘’Raisha 2 akan turut ditayangkan di slot Lestary TV3 dua minggu selepas tayangan awal di tonton. Penonton boleh menikmati kesemua episod secara terus-menerus menerusi platform tonton sebelum siaran TV’’ Katanya

Drama bersiri ini turut dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti, Hafidz Roshdi, Fadlan Hazim, Hafreez Adam, Mawar Rashid, Azrel Ismail dan ramai lagi. 

Jadi jangan lepaskan peluang untuk menonton kesemua episod Raisha 2 menerusi platform digital kami di www.tonton.com.my

Salma Syahbuddin