Bekas anggota kumpulan One Direction, Nick Jonas mengaku berdepan dengan penyakit diabetes sejak zaman remaja lagi.

Menerusi Instagramnya, dia memaklumkan diserang penyakit tersebut sejak 13 tahun.

Nick memuat naik gambarnya ketika zaman remaja yang membandingkan keadaan fizikal dulu dan sekarang.

“ Gambar di sebelah kiri adalah ketika saya berusia 13 tahun dan beberapa minggu selepas menjalani diagnosis.

“Berat badan ketika itu 45 kilogram sahaja kerana kandungan gula yang tinggi dalam darah.

“Gambar di sebelah kanan pula adalah saya sekarang, sihat dan gembira kerana saya mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat,” tulisnya.

Nick yang bakal bergelar suami kepada pelakon terkenal Bollywood, Priyanka Chopra pada bulan hadapan dalam sebuah majlis perkahwinan secara besar-besaran.

SGMS Faida