Sejauh manakah Spekulasi Hubungan Alyah Dan Datuk Ramli MS?

Kalau semalam sahaja, kecoh apabila penyanyi Sesal Separuh Nyawa ini, dikatakan mengamuk dan meluahkan rasa hati beliau menerusi insta story miliknya dengan menulis “pura-pura bahagia itu penat”.

Terbaru, menurut Datin Alyah beliau masih belum bersedia untuk memberikan sebarang komen mengenai isu kekecohan rumah tangga beliau bersama Datuk Ramli MS dan memohon agar peminat beliau memberikan sedikit ruang untuk dirinya.

Terdahulu, isu ini timbul apabila Tok Ram memuat  naik video pendek dilaman instagram miliknya, sehinggalah beberapa komen yang ditulis oleh Alyah menjadi tanda-tanda tanya rata-rata followers Tok Ram.

Dan, segelintir peminat juga seakan-akan memahami perasaan Alyah berkenaan isu ini dan meminta agar penyanyi kesayangan ramai ini bertenang dan berdoa semoga diberikan petunjuk.
Semenatar itu, Alyah juga telah memuat naik sebuah gambar lama arwah bapanya beserta caption yang menjadi tanda tanya.
Alyah dan Ramli MS telah berkahwin pada 18 Mac di Bali, Indonesia namun merahsiakan perkahwinan mereka.
Apapun, sama-samalah kita doakan agar masalah antara Alyah dan Datuk Ramli MS dapat diselesaikan dengan baik.
Salma Syahbuddin