Featured By: Ad Ops April 11, 2020 @ 4:00pm

Ketahui cara untuk kenal pasti ketulenan wang kertas, jangan tertipu!

Mencetak, menyimpan dan mengedarkan wang kertas palsu adalah suatu kesalahan jenayah yang boleh didakwa di bawah Akta 574 Kanun Keseksaan, jika disabit bersalah boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.

kaedah menKaedah mengenal pasti wang kertas tulen

Kredit gambar: Free Malaysia Today

Walau bagaimanapun, sindiket wang palsu dilihat semakin berani untuk melakukan perbuatan haram mereka. Bagi mengelakkan sindiket wang palsu terus berleluasa, wang kertas Malaysia telah menggabungkan ciri-ciri keselamatan yang berkualiti tinggi agar apa-apa percubaan untuk memalsukan wang kertas tulen menjadi lebih sukar.

Antara ciri-ciri keselamatan wang kertas ialah cetakan timbul, potret tanda bayang, benang keselamatan kanta mikro, petak kilat berwarna, teks mikro dan banyak lagi.

Selain itu, Bank Negara Malaysia (BNM) turut mengambil inisiatif dengan berkongsi kaedah untuk mengenal pasti ketulenan wang kertas bagi mengelak orang ramai terus ditipu.

kaedah mengenal pasti wang kertas tulen

Kredit gambar: Bank Negara Malaysia

1. Rasa

Ketulenan wang kertas boleh diketahui dengan merasa kualiti substrat atau lapisan dasar wang kertas. Wang kertas tulen mempunyai rasa yang kesat manakala wang polimer diperbuat daripada plastik khas.

Cetakan timbul pada gambar Yang di-Pertuan Agong pertama dan teks juga boleh dirasai pada wang kertas tulen.

2. Lihat

Ambil wang kertas dan lihat berlatar belakang cahaya. Potret tanda bayang 3-Dimensi (3D), tanda pandang telus, tingkap pandang telus dan garisan lurus benang keselamatan akan kelihatan pada wang kertas yang tulen.

3. Sendeng

Pegang wang kertas secara menegak dan sendengkan. Pergerakan imej dan perubahan warna pada benang keselamatan serta petak kilat berwarna dapat dilihat pada wang kertas tulen.

4. Periksa

Wang kertas palsu atau tulen dapat dikesan dan diperiksa dengan menggunakan peralatan seperti peranti cahaya ultralembayung dan kanta pembesar. Substrat wang kertas akan berkilau pada ciri-ciri keselamatannya jika menggunakan peranti cahaya ultralembayung, manakala jika menggunakan kanta pembesar, tulisan teks bersaiz mikro akan kelihatan jelas pada wang kertas tulen.

Lihat infografik di bawah untuk gambaran yang lebih jelas atau layari laman sesawang BNM untuk maklumat lanjut. Anda juga boleh memuat turut aplikasi My Ringgit di Google Play Store bagi memeriksa ketulenan wang kertas.

Kredit gambar: Bank Negara Malaysia

Diharap selepas ini, semua orang sudah boleh membezakan antara wang palsu dengan wang tulen. Semoga bermanfaat!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Thu, 16 Apr 2020

Hilang sabar melayan kerenah anak sepanjang PKP? Jangan dipukul tapi guna taktik ini

Basuh muka dan kepala anak disertai doa-doa yang menenangkan

Featured Fri, 4 May 2018

Teknik Urutan Bahu Dan Kaki Yang Gerenti Melegakan Pasangan Dan Buat Mereka Semakin Sayang!

Bila suami penat pulang dari kerja, bantu dia berehat dengan memberikan urutan yang relaxing ini.

Featured Tue, 12 May 2020
Featured Mon, 18 Apr 2022
Featured Mon, 13 Feb 2023

Altimet Bidas Individu Pertikai Cara Penilaian Juri AJL 37

Setiap tahun mesti akan ada isu ni.. Hmm

Featured Thu, 14 Jun 2018
Featured Tue, 17 Mar 2020

Cetak atas cetak, anda berani memperagakannya?

Benarkah rekaan ini untuk orang cantik saja?