Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi April 18, 2022 @ 4:43pm

Rumah Tangga Masih Tergantung, Shuk Sahar Jawab Dakwaan Berkahwin Lagi – “Doakan Yang Terbaik..”

Seperti sedia maklum, konflik rumah tangga antara Shuk Sahar dan isterinya, Rossa Sera masih belum menemui kesudahan.

Kini, timbul pula spekulasi segelintir pihak yang mendakwa Shuk sudah berkahwin dengan kekasih ‘gelapnya’ iaitu Fara Salleh.

Tampil membidas dakwaan tersebut, Shuk berkata banyak perkara yang perlu diselesaikan olehnya sebelum mahu memulakan kehidupan baru.

“Belum berkahwin. Pada saya, kalau nak buat apa pun (kahwin lain) saya perlu selesaikan satu persatu isu yang ada dahulu. Hubungan saya dengan Sera pun tak tahu pengakhirannya macam mana.

“Jadi, saya sedang aturkan yang terbaik. Bukan untuk kehidupan saya, tetapi untuk semua pihak, daripada semua sudut, keluarga dan anak-anak.

“Doakanlah yang terbaik sebab saya pun dah penat nak cakap itu dan ini,” katanya kepada mStar.

Tambah bekas penyampai Hot FM itu, dia rasa serik untuk memberi penjelasan setiap kali kisah mengenai dirinya tular di serata ruangan media sosial.

“Bila saya cakap begini, orang kata saya nak berlakon jadi mangsa. Bila saya mengaku salah, orang kata saya bangga pula dengan kesalahan yang dibuat. Jadi saya nak jawab macam mana lagi?

“Itu sebab saya cuma minta semua orang doakan yang terbaik saja. Tapi pasal kahwin itu, memang betul saya belum berkahwin lagi. Kalau dah kahwin, saya akan jemput,” katanya.

Shuk bagaimanapun mengakui hanya mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada bisnes.

“Benda baik kenapa tak jemput. Tapi buat masa sekarang, saya punya perancangan hidup itu lebih kepada nak fokus bisnes. Tak fikir pun pasal hal lain,” jelasnya.

Terdahulu, video isteri Shuk yang didakwa telah memfailkan penceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Duta pada Mac lalu telah mengundang pelbagai spekulasi mengenai status rumah tangga mereka.

Untuk rekod, Shuk berkahwin dengan Sera pada tahun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 14 Jun 2019

‘Arwah Pandai Ambil Hati’- Isteri Allahyarham A Rahman Hassan Kongsi Kenangan Lima Tahun Bersama

Arwah sangat penyayang dan pandai mengambil hati orang. Saya masih bersedih atas kehilangannya.

Trending Sun, 24 Apr 2022

Polis Jangka 1.4 Juta Kenderaan Masuk Kedah Aidilfitri Ini

Jangkaan trafik ke Kedah sempena Aidilfitri

Featured Tue, 26 Jul 2022

[VIDEO] “Ini Bukan ‘Revenge Body’” – Rossa Sera Nafi ‘Makan Hati’ Punca Susut 11 Kg

Ini baru betul wanita hebat! Focus pada penampilan diri sendiri wahh tahniah Sera!

Featured Fri, 27 Oct 2023
Hiburan Fri, 5 Jan 2018

TAEYANG TIE THE KNOT 3 FEBRUARI INI?

Taeyang dan Hyo Rin juga dikatakan bakal mengadakan upacara perkahwinan mereka secara tertutup dan akan dihadiri oleh teman-teman rapat mereka sahaja

Featured Sat, 23 Oct 2021

Pelakon Hollywood Alec Baldwin Tertembak Mati Kru Penggambaran

Satu tragedi telah berlaku melibatkan dua orang kru penggambaran di New Mexico setelah Alec Baldwin menembak pistol prop di dalam penggambaran filem bertemakan abad ke-19 barat bertajuk Rust. Halyna Hutchins, 42, telah terkena tembakan pistol […]

Hiburan Sun, 26 Aug 2018

Bakal Mengambil Tawaran Berkualiti Sahaja Kali Ini

Fikirkan kualiti berbanding kuantiti itu diantara sebab mengapa bakal memilih tawaran berkualiti mulai sekarang

Hiburan Mon, 23 Jun 2025

Tamparan Wanita Kembali! Elite Rai 30 Tahun Dalam Konsert Sulung ‘Elite Live ’25 September Ini

Tiket konsert ELITE LIVE 25 akan mula dijual pada Khamis, 26 Jun!

error: Content is protected !!