Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain September 13, 2022 @ 10:31am

Tular Menangis Ketika Konsert, Rossa Akui Terkenang Glenn Fredly

Penyanyi Indonesia Datuk Seri Rossa mengakui terkenang mendiang Glenn Fredly ketika menyampaikan lagu Sekali Ini Sahaja di pentas konsert 25 Shining Years di Bandung, baru-baru ini.

Sebelum itu, tular di platform TikTok di mana Rossa tidak dapat menahan air matanya disaat mendengar suara sahabat baiknya itu bernyanyi di konsert tersebut.

Menurut Rossa, pemergian Glenn merupakan satu kejutan yang hebat buat dirinya dan mengambil keputusan untuk merakamkan semula lagu Sekali Ini Saja untuk mengenang mendiang.

“Glenn Fedly adalah sahabat saya semasa dia hidup dan kami mulakan karier kami bersama. Masa saya keluarkan album pertama, dia pun keluarkan album pertama.

“Kami berkawan rapat sehingga dia meninggalkan kita ketika pandemik seperti satu tamparan yang hebat kerana sebelum tu kita sempat jumpa.

“Jadi, hujung tahun lalu saya berfikir apa yang patut saya buat untuk kenang Glenn agar legasinya terus bersinar. Jadi fikir untuk menyanyikan lagunya dan memilih satu lagu yang berjudul Sekali Ini Saja untuk dirakamkan semula,” katanya.

Pendedahan itu dibuat Rossa ketika ditemu bual di sidang media konsert Rossa 25th Shining Years di Malaysia.

@nuyyyuyyynurul Membalas @asamgaramm07 ini buat yang minta fullnya 🤗 mau req pas nyanyi apa lagi gaes? #rossa25shiningyears #fyp ♬ Sekali Ini Saja – Rossa

Dalam pada itu, penyanyi itu juga menyatakan dia tidak sangka momen di mana suara mendiang Glenn akan diperdengarkan ketika konsert tersebut.

Malah, dirinya tidak dapat menahan sebak kerana terlupa bahawa penyanyi yang terkenal dengan lagu Januari itu telah meninggal dunia.

“Saat menyanyikan lagu itu di pentas seperti yang viral di TikTok, saya tak tahu sama ada yang pemain muzik saya memberikan satu part di mana seluruh muzik terhenti, tiba-tiba dengar suara Glenn Fredly bernyanyi.

“Jadi saya terkejut dan mencari mendiang. Jadi saya tersentuh dan terkejut dengan situasi tersebut sebab masa latihan tak ada. Jadi saya rasa ni untuk Glenn.

“Saya rasa itu adalah momen yang istimewa buat yang berada di konsert itu apabila dapat mendengar suaranya menyanyi dan terus tak dapat menahan air mata,” katanya.

Sempena 25 tahun pengibatannya dalam industri seni, Rossa bakal mengadakan konsertnya di Dewan Plenary, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), pada 2 November ini.

Orang ramai boleh mendapatkan tiket dari harga serendah RM258 sehingga RM3000 menerusi laman sesawan ticket2u.com.my atau hubungi 013-3886533 untuk tempahan secara offline.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 12 Jul 2019

Ezlynn Kenal Hati Budi Bangsa Jejaka

Semoga berjaya Ezlynn

Trending Thu, 13 Feb 2020
Featured Thu, 14 Aug 2025

Ibu Titip Ucapan Hari Lahir Buat Anna Jobling – “Happy Birthday Anak”

Ariz titip ucapan hari lahir yang ke 25 tahun buat satu-satunya anak perempuannya.

Hiburan Thu, 9 Mar 2023
Trending Fri, 30 Oct 2020

“Ramai Mesej Saya Minta Bantuan” – Ebit Lew Hantar Bantuan Ke Sabah

Buat baik ramai sayang. Semoga Ustaz Ebit terus dilimpahkan rezeki..

Hiburan Fri, 30 Nov 2018

吴可熙《灼人秘密》升格编剧!宋芸桦、夏于乔首度同台飙戏

久违两年未有新作品的导演赵德胤,日前推出电影《灼人秘密》并找来「零血缘双胞胎」宋芸桦和夏于乔,首度合作引发影迷热烈关注。

Featured Tue, 15 Apr 2025

“Katanya Suara Saya Serak Tapi Boleh Nyanyi Nada Tinggi” – Ramli Sarip Kenang Momen Pertama Bersama Tun Abdullah

Pengalaman pertama bersama mantan perdana menteri ke-5 itu adalah semasa beliau menonton persembahannya menyanyikan lagu Hilang Dalam Gelap, Terbitlah Terang.

Trending Fri, 18 Sep 2020
Kes Mahkamah Thu, 21 Dec 2023
error: Content is protected !!