Featured By: Fadzlena Jafar March 30, 2020 @ 9:16pm

KKM tambah 10 makmal untuk saringan COVID-19

Kementerian Kesihatan (KKM) akan menambah 10 lagi makmal bagi memudahkan orang ramai yang menunjukkan gejala berkaitan COVID-19 untuk membuat ujian saringan novel koronavirus itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu kenyataan berkata sehingga jam 7 pagi, 30 Mac, seramai 37,674 individu di seluruh negara sudah diambil sampel untuk saringan.  

Katanya, daripada jumlah itu seramai 26,991 individu disahkan negatif COVID-19, manakala 8,213 lagi sedang menunggu keputusan.

“Seramai 37,674 individu sudah diambil sampel bagi tujuan saringan dan hasilnya, 2,470 positif termasuk 388 yang sembuh dan 35 meninggal dunia.

“Sehubungan itu, KKM mengambil inisiatif untuk menambah 10 lagi makmal termasuk makmal bergerak bagi mempercepatkan hasil ujian, selain lebih ramai dapat disaring,” katanya.

Seorang petugas kesihatan KKM sedang membuat ujian bagi saringan COVID-19. (Gambar hiasan/NSTP)

Dalam kenyataan akhbar yang dikemas kini jam 5 petang tadi, KKM memaklumkan sebanyak dua kematian lagi dilaporkan hari ini menjadikan keseluruhan 37 kes kematian akibat COVID-19.

Semalam, sebanyak tujuh kematian dilaporkan iaitu jumlah kematian harian tertinggi di Malaysia setakat ini. Di samping itu, KKM melaporkan sebanyak 94 kes masih dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 62 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Bagaimanapun, jumlah pesakit yang sembuh dan dibenarkan keluar hospital hari ini seramai 91 orang, meningkat.kepada 479 kes berbanding 388 kes semalam.

Kes baharu yang positif COVID-19 hari ini dilaporkan seramai 150 orang menjadikan jumlah jangkitan di Malaysia setakat jam 5 petang hari ini, 2,626 kes.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 23 Nov 2022
Featured Tue, 23 Nov 2021

Cool! Peminat Hanya Duduk Dalam Kereta, Ariel Noah Berkasut Roda Sambil Menyanyi Di Konsert Drive-In

Peminat kumpulan Noah akhirnya dapat menonton persembahan dari kumpulan itu secara langsung di JIExpo Kemayoran, Jakarta dengan hanya duduk di dalam kereta pada Sabtu yang lalu. Konsert yang diberi nama Danamon New Live Experience Vol.

familuv Wed, 25 Mar 2020
Featured Mon, 17 Jun 2019

Rambut anda bermasalah atau tidak bermaya? Buat sendiri pupur untuk kembalikan serinya

Ikuti 4 resipi ini dan cuba buat sendiri pupur untuk rambut anda.

Featured Thu, 12 Jan 2023
Featured Mon, 30 Mar 2020

3 cara untuk menjadikan bibir mungil dan seksi

Tidak perlu buat suntikan bibir!

Featured Wed, 15 Apr 2020

| Live TV