Eat Travel By: Ad Ops April 9, 2020 @ 11:00pm

Susu banyak tapi dah basi? Jangan risau, jom buat keju sendiri

Pernahkah anda mengalami situasi susu kotak yang dibeli sudah basi atau masam biarpun belum sampai tarikh luputnya? Perkara itu mungkin berlaku disebabkan cara atau suhu penyimpanannya tidak betul.

Tunggu, jangan buang lagi susu basi itu kerana tidak semua makanan yang sudah luput tarikh perlu dibuang.

resipi keju homemade

Kredit gambar: Facebook Rini Haryanie

Dengan susu basi tadi anda boleh membuat resipi keju sendiri di rumah. Menerusi perkongsian Rini Haryanie di Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN), wanita itu berkongsi cara untuk membuat keju di rumah.

Menurut wanita itu, dia membeli beberapa kotak susu krim penuh di kedai, namun terlupa untuk menyimpannya di dalam peti ais sehingga susu itu basi.

Sayang untuk membuangnya, wanita itu kemudian mengikut nasihat dan saranan ahli-ahli dalam kumpulan MAHN agar menggunakan susu berkenaan untuk membuat keju sendiri.

Bahan yang diperlukan hanyalah susu, cuka dan garam. Resipi keju itu memang menjimatkan dan caranya juga mudah untuk dihasilkan.

resipi keju homemade

Kredit gambar: Facebook Rini Haryanie

Selain boleh disapu pada roti dan dimakan bersama-sama salad, keju enak itu juga boleh dijadikan krim keju untuk menghasilkan kek.

Berikut adalah resipi keju yang boleh anda ikuti.

Bahan-bahan:

  • Susu kotak krim penuh
  • Satu sudu besar cuka
  • Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

resipi keju homemade

Kredit gambar: Facebook Rini Haryanie

1. Rebus susu yang sudah basi dengan api perlahan.
2. Kemudian masukkan cuka dan garam. Kacau rata. (Cuka berfungsi untuk mengasingkan susu dan air).
3. Rebus sehingga mendidih dan tutup api.
4. Seterusnya, tapis rebusan susu tadi menggunakan kain bersih seperti kain lampin bayi. Tunggu sejuk dan perah keju.
5. Akhir sekali, mampatkan keju tadi dalam loyang kek atau bekas yang sesuai.

resipi keju homemade

Kredit gambar: Facebook Rini Haryanie

Keju sudah siap untuk dinikmati. Selamat mencuba!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 15 Sep 2022
Featured Thu, 20 Feb 2020

Bahaya serangan jantung, ketahui tanda-tanda sakit jantung sebelum terlambat

Ambil tahu kerana ia boleh menyebabkan kematian!

Featured Fri, 3 Apr 2020
Featured Wed, 21 Dec 2022

[VIDEO] Netizen ‘Muak’ Kerap Muat Naik Video Bersama Kekasih Baru, Zarina Anjoulie Tampil Beri Respons

Alahai kesian Anju. Diorang jeles la tuu 😌🤪🤪 Kasi chance la nak lovey dovey hihi

Featured Fri, 16 Dec 2022
Featured Wed, 25 Mar 2020
Events Tue, 30 Aug 2022
Featured Tue, 19 Feb 2019

Fasha Sandha Tidak Bersungguh Hendak Kahwin?

Berbaki beberapa minggu, hanya 20 peratus persiapan perkahwinan yang sudah dilakukan.

Featured Tue, 18 Jul 2023