Featured By: Salma Syahbuddin July 18, 2023 @ 6:40pm

Kelakar! Respons Puteri Sarah Isu Kereta Lamborghini Syamsul Curi Perhatian

Aksi pengarah tersohor, Syamsul Yusof yang hadir pada acara Adrenaline Rush Supercar di Litar Sepang, Selangor  baru-baru ini mencuri perhatian selepas video tersebut tular di TikTok.

Menerusi perkongsian video berdurasi 24 saat itu, kelihatan pengunjung yang datang berasa teruja apabila Syamsul hadir mempamerkan kereta mewahnya jenis Lamborghini berwarna keemasan pada acara berkenaan.

“Penampakan Shark di Litar Sepang,” tulis pada kapsyen berkenaan.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah komen yang ditinggalkan oleh salah seorang individu yang bertanyakan adakah bekas isteri pengarah dan pelakon terkenal itu tidak rindu dengan kereta supercar milik bekas suaminya.

“Tak rindu ke Puteri Sarah Liyana?,” komen netizen.

Sedar dengan komen  tersebut, Puteri Sarah akhirnya tampil membalas pertanyaan itu di ruangan platform berkenaan.

“Tak, sebab saya ada Lambo sendiri dekat rumah,” katanya.

Komen balas tersebut sekaligus mendapat perhatian rata-rata warganet yang teruja melihat kenyataan balas dari aktres tersebut.

Bahkan, ada yang berseloroh memohon agar kereta Lamborghini milik Syamsul tidak berasap lagi.

 

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 400,000 tontonan dan menerima lebih 10,000 tanda suka sejak ia dimuat naik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 11 Nov 2022

“Sebab Tahun Lepas Tak Dapat Sambut…” – Berbaki 4 Hari, Hasrat Syazlin Zainal Nak Sambut Birthday Dengan Keluarga Tak Kesampaian

Takziah buat ahli keluarga. Kita doakan agar arwah tenang dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman

Trending Mon, 20 Aug 2018

Atlet Taekwondo Yap Khim Wen Sumbang Pingat Pertama Buat Malaysia. Tahniah!

Kejayaan Khim Wen menamatkan kemarau pingat selama 16 tahun kem taekwondo negara di pentas Sukan Asia sejak gandingan Lee Pei Fen dan Lee Wan Yuen merangkul gangsa dalam acara kyorugi wanita pada edisi 2002 di Busan, Korea Selatan.

familuv Fri, 8 May 2020
Trending Fri, 19 Jul 2019

#WakeUpForGaza Terperangkap Di Sempadan Rafah, Heliza Helmi Tak Tahu Bila Akan Pulang!

Semoga segala urusan pasukan misi kemanusian ke Gaza sentiasa dipermudahkan. Aamiin

Hiburan Fri, 20 Dec 2019