Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 3, 2024 @ 4:30pm

Video Reality VS Truth Bikin Netizen Terhibur, Michael Ang ‘Menganjing’ Siapa Tu? – “Tak Pandailah Nak Nangis Depan Reporter, Sebab Tahu Lakonan Pun Kayu Kadang-Kadang…”

Pengarah dan penerbit popular, Michael Ang mencuri perhatian selepas memuat naik sepotong video pendek menerusi Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Michael kelihatan berada didalam sebuah kereta sambil memuat naik video ‘Reality VS Truth’.

“Okay ini adalah lakonan yang sebenar-benarnya dalam hati. One, two, three… action! “Eh reporter b*bi kau orang nak interview aku kenapa? Kenapa kau nak tanya suruh aku menangis…Perlu kah aku menangis? Aku penyondol kenapa aku yang kena nangis? Bukan laki aku kena sondol. Aku yang menyondol laki orang lain patutnya kau gembira. Perlu kah aku menangis, i should be proud.

“Okay ini pula apa yang patut berlaku di mata khalayak ramai dan juga untuk netizen-netizen semua. One, two, three… action! “Teman-teman, abang-abang, adik-adik reporter, terima kasih sebab datang support kita. Kita bukan tak nak menangis, kita tak pandai lah nak menangis-menangis depan reporter, buat cerita-cerita sedih.

“Sebab tahu lah kan, lakonan kita pun kayu kadang-kadang kan? So, kita memang tak pandai nangis. Nak nangis pun kena pakai eye mo.  Tapi apa yang kita nak cakap satu je. Janganlah hukum kita seteruk itu. Sebab Allah yang maha kuasa je tahu hal sebenarnya. Kita tak bersalah. Itu semua hanya fitnah,” kongsinya.

Meskipun tidak menyebut nama mana-mana pihak, namun tindakan Michael itu seolah-olah dapat dihidu oleh pengikutnya sekaligus mendakwa video berkenaan ditujukan kepada perbicaraan kes khalwat mengaitkan pelakon Ruhainies dan Aliff Aziz.

“Sahaja buat lawak ya. Tak berkenaan kes apa-apa dekat Malaysia dan pada yang hidup ataupun dah mati. Berhibur lah ya,” katanya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet terhibur dan memuji tindakan Michael yang dianggap sebagai ‘wakil’ untuk mereka menyuarakan pendapat.

Terdahulu, Ruhainies dikatakan tidak sensitif apabila hadir di Mahkamah dengan reaksi wajah ceria.

“Saya senyum sebab nampak rakan-rakan media dekat sini, saya teruja setelah sekian lama tak berjumpa kalian semua.

“Saya bersyukur sebab kalian sudi datang pada awal pagi untuk mengikuti prosiding hari ini.

“Mengenai dakwaan tidak sensitif, takkan saya nak menangis pula, saya tak pandai berlakon, tak pandai menangis depan kamera,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Dikecam Datang Mahkamah Seiring Sejalan Bersama Aliff Aziz Dengan Wajah Ceria, Ruhainies Tak Pandai Berlakon – “Takkan Saya Nak Menangis Pula?”

ARTIKEL BERKAITAN:”Bangganya… Siap Minta Orang Doakan” – Warganet Kurang Senang Ruhainies & Aliff Aziz Hadir Ke Mahkamah Dengan Senyuman, Pakai Warna Sedondon

ARTIKEL BERKAITAN:”Tak adalah, hal itu pun merepek. Makin lama makin merepek.” – Ruhainies

ARTIKEL BERKAITAN:Aliff Aziz Sedih Ibu Diserang Netizen – “Berpada-Padalah Dalam Mengeluarkan Kata-Kata”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 4 Jul 2025

[VIDEO] Jadi Menantu DSV? Reaksi Anak Sulung Aliff Syukri Cuit Hati Ramai – “Selamatkan Aku, Ya Allah”

Ammar Ahyan, anak sulung Aliff Syukri beristighfar selepas DSV tanya suka Cik B

Hiburan Sat, 28 Jun 2025
Hiburan Wed, 13 Dec 2023

Uk’s & Slam Bergabung! Bakal Gegarkan Stadium Malawati Februari Depan

Wah terbaiklah UK’SLAM bergabung atas satu pentas

#ThrowbackXTRA Wed, 3 May 2023
Featured Tue, 30 May 2023
Featured Mon, 16 Mar 2020

5 tanda badan tidak cukup karbohidrat!

Jangan abaikan keperluan tubuh badan.

Featured Tue, 16 Jun 2026

“Patutnya Salahkan Negara Yang Buang Kau Tu S*al” – Kamal Adli Berang Kenyataan Aktivis Rohingya 

Kamal Adli berang selepas sepotong video pendek tular di media sosial apabila seorang aktivis Rohingya yang dikenali sebagai, Noor Azizah tular.

Featured Fri, 18 May 2018

Stres Dengan Masalah Bintik Hitam Pada Wajah? Cuba 4 Tip Berkesan Ini

Kalau nak hilangkan bintik-bintik hitam yang degil dekat wajah, anda boleh cuba cara ini. Memang berkesan!

error: Content is protected !!