Eat Travel By: Ad Ops May 20, 2020 @ 10:00am

Mahu buat ketupat tapi tiada daun palas, jangan risau, guna daun pandan pun boleh

Sambutan Hari Raya tidak lengkap tanpa hidangan tradisi ketupat. Enak dimakan bersama-sama rendang, ketupat palas adalah antara hidangan wajib yang paling digemari ramai.

Selain ketupat palas, ketupat nasi juga antara yang menjadi pilihan dan kedua-dua jenis ketupat itu dihasilkan secara tradisi menggunakan daun palas dan daun kelapa.

Bagaimanapun tidak dinafikan agak sukar untuk mendapatkan kedua-dua bahan berkenaan lebih-lebih lagi bekalan daun palas atau daun kelapa yang agak terhad di bandar.

Kredit gambar: Shopee Malaysia

Jangan risau, kerana ketupat juga boleh dihasilkan dengan menggunakan daun pandan kerana ia sangat mudah didapati dan kosnya juga murah.

Seorang pengguna Facebook, Mieza Hasmiza berkongsi resipi dan cara membuat ketupat pulut menggunakan daun pandan dalam platform Masak Apa Hari Ni (MAHN). Menurutnya, ketupat pandan itu adalah versi resipi yang dihasilkan oleh ibunya sendiri.

Apa yang menarik, cara yang dikongsikan sangat mudah kerana resipi itu boleh menggunakan periuk nasi sahaja.

Bahan-bahan:
Beras pulut
Santan
Garam secukup rasa
Daun pandan untuk membalut
(Nota: Sukatan beras pulut dan air santan adalah sama banyak)

Caranya:
1. Rendam beras pulut selama satu jam
2. Kemudian, masukkan santan dan beras ke dalam periuk nasi. Apabila beras sudah separuh masak atau sudah melekat dan anjal, tutup suis.
3. Cedok pulut ke dalam talam atau pinggan dan biarkan pulut sejuk supaya mudah untuk diisi dalam daun pandan nanti.
4. Balut pulut dengan daun pandan dan ikat dengan tali rafia. (Rujuk gambar di bawah)

resipi ketupat pandan

Langkah membalut ketupat menggunakan daun pandan. Kredit gambar: Facebook Mieza Hasmiza

Nota 1: Jangan isi pulut penuh sangat kerana ia akan mengembang apabila sudah dikukus.

Nota 2: Bagi mengelakkan daun pandan patah ketika membalut, ambil daun pandan sehari awal dan rendam dalam air supaya ia lembut dan mudah dibentuk.

Anda juga boleh mencuba satu lagi cara membalut ketupat daun pandan yang dikongsi oleh pemilik Facebook, FE E ZA di MAHN.

resipi ketupat pandan

Cara lain untuk membalut ketupat menggunakan daun pandan. Kredit gambar: Facebook FE E ZA

5. Langkah seterusnya, kukus selama 15 hingga 20 minit. Selepas 20 minit boleh cuba ambil sebiji dan rasa untuk memastikan ia benar-benar masak.

resipi ketupat pandan

Kredit gambar: Facebook Mieza Hasmiza

resipi ketupat pandan

Kredit gambar: Facebook Mieza Hasmiza

Ketupat pandan sedap untuk dinikmati dengan rendang, serunding, sambal jawa atau dimakan begitu sahaja. Rasanya lembut dan baunya juga harum semerbak. Selamat mencuba!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 16 Mar 2023
Featured Tue, 29 Mar 2022

Jom Semak Cara Buat Rayuan BKM Fasa 1 Yang Akan Dibuka Pada 2 Mei Hingga 2 Jun 2022

Jangan kecewa yang tak dapat. Anda mungkin boleh dapat apabila membuat rayuan

Featured Tue, 11 Oct 2022

Rizky Billar Cerai Talak Satu, Dakwa Lesti Kejora Bukan Isteri Yang Baik

Kisah keganasan rumah tangga membabitkan selebriti popular Indonesia, Lesti Kejora dan Rizky Billar nampaknya masih mendapat perhatian ramai pihak. Peguam Rizky, Adek Erfil Manurung berkata, Rizky dikatakan pernah melafazkan talak satu kepada Lesti ketika mereka […]

Featured Fri, 27 Jan 2023
Featured Tue, 6 Dec 2022

Ayda Jebat, Nabil Mahir Menangis Tinggal Anak Untuk Urusan Kerja

Pasangan selebriti, Ayda Jebat dan Nabil Mahir menangis apabila terpaksa ke luar negara meninggalkan anak mereka, Ana Nayla atas urusan kerja. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pengguna @ashhryyyyy di laman TikTok, Ayda dan Nabil […]

Eat Travel Fri, 28 Sep 2018

Tahukah Anda Jarak Penerbangan Paling Singkat Di Dalam Dunia Adalah 50 Saat?

“Have-have” penduduk Pulau Westray dan Papa Westray ni, nak ke seberang pulau yang jaraknya cuma 3 kilometer pun naik kapal terbang!

Featured Mon, 18 Nov 2019

Aksesori unik bertemakan filem klasik pukau perhatian

Idea rekaan wanita ini di luar kotak

Featured Fri, 31 Mar 2023