Featured By: Ad Ops March 18, 2020 @ 6:11pm

Maya Matahari meninggal dunia akibat kanser

Penyanyi dan pelakon, Myanaliza Ruslee atau lebih popular dengan nama pentas, Maya Matahari meninggal dunia akibat kanser, kira-kira jam 4 petang tadi.

Maya yang dilahirkan di Johor Bahru pada 13 Mei 1976 meninggal dunia pada usia 43 tahun di sebuah hospital swasta di Sungai Buloh, Selangor setelah menderita kanser tahap empat.

Difahamkan, Maya baru sahaja pulang ke Malaysia selepas menjalani rawatan kira-kira sebulan di China. Berdasarkan cerita temannya, keadaan Maya semakin serius kerana kanser berkenaan sudah merebak ke anggota dalaman lain.

Beberapa teman rapatnya, menyatakan Maya merahsiakan penyakit yang dihidapi dan hanya memaklumkan mengenai penyakit itu kepada teman karibnya sahaja.

maya matahari meninggal dunia

Kredit gambar: Iluminasi

Sementara itu, ibu Maya memaklumkan kepada pihak media arwah anaknya meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital akibat sesak nafas.

Jenazah dijangka akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk urusan mandi dan dikafankan.

Selepas selesai urusan kafan, jenazah akan terus dibawa pulang ke Macap, Johor untuk disembahyang dan dikebumikan. Kemungkinan jenazah Maya akan dikebumikan di tanah perkuburan yang sama dengan arwah ayahnya di Macap.

Lebih dua dekad menceburi bidang seni, Maya yang memilih untuk memperkenalkan nama pentas barunya, Mya Ruslee, baru-baru ini memiliki tiga buah album iaitu Matahari, Diari Biru dan Mata.

Ketika hayatnya, Maya turut melebarkan sayap ke pentas lakonan dengan membintangi beberapa filem antaranya Gemerlapan, Zaiton: Ceritaku dan Misteri Banglo Putih. Selain berlakon filem, drama dan sitkom televisyen, Maya turut aktif dalam bidang teater. Antara teater lakonannya ialah Nyiur Gading Puncak Mahligai, Uda dan Dara, Seruan Damai serta Hotel Malaya.

Setelah beberapa tahun tidak muncul dengan lagu baharu, Maya membuat kemunculan semula dalam industri seni tanah air dengan mengeluarkan lagu terbaharu, Perlu Ada Setia pada tahun 2018 dan menyertai sebuah program realiti nyanyian.

Maya pernah mendirikan rumah tangga pada 26 Jun 2009 dengan Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz, namun perkahwinan mereka hanya bertahan sehingga 17 Ogos 2015.

Takziah diucapkan kepada keluarga arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Thu, 12 Jan 2023

Baru Berusia 2 Tahun, Netizen Kagum Anak Tomok Pandai Nyanyi Lagu Janji Padamu!

Anak-anak kepada penyanyi dan pelakon Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail sering mencuri perhatian ramai dengan gelagat comel dan cerdik mereka. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Tomok di platform TikTok […]

Eat Travel Mon, 24 Dec 2018

Jom Buat Cream Puff Versi ‘Cookies & Cream’! Ini Resipinya

Berikan kelainan kepada snek klasik ini. Gerenti nak lagi!

Featured Thu, 23 Mar 2023
Cahaya Mata Fri, 27 Jan 2023

Cantiknya Khadijah Alkubraa Nama Anak Ketiga Saharul Ridzwan!

Pelakon Saharul Ridzwan menimang anak ketiga pada Sabtu lalu. Berita gembira itu telah dikongsi sendiri oleh Saharul di laman Instagramnya yang memaparkan dia sedang mendukung puteri ketiganya dengan kapsyen yang cukup menyentuh hati. “Subhanallah, Alhamdulillah, […]

Featured Sat, 26 Jun 2021

Status PKP Dilanjutkan Sehingga Dua Minggu Lagi Adalah Palsu

Status pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilajutkan atau sebaliknya hanya akan diumumkan esok. Menurut sumber, kenyataan yang tersebar hari ini yang menyatakan tempoh pelaksanaan PKP 3.0 itu disambung dua minggu lagi adalah palsu. Dalam […]

Featured Tue, 20 Dec 2022

Jawab Q&A Session, Naufal Isa Kongsi Erti Sahabat Sejati – “Walaupun Jauh Kita Masih Doakan Dia”

Pempengaruh, Naufal Isa yang sering muncul dengan kandungan motivasi menjelaskan erti sahabat sebenar. @naufal.isa Sahabat ni,melengkapkan. Bukannya saling mencari kesalahan. Sahabat ini juga bukan soal sejauh mana sempurnanya kita. Tetapi soal sejauh mana kita saling […]