Featured By: Yanie Baharom December 1, 2019 @ 10:58pm

Menghidap autoimun, ramai ingin tahu punca penyakit Ashanty ini!

Penyanyi Indonesia, Ashanty yang juga isteri kepada komposer terkenal, Anang Hermansyah, baru-baru ini telah didiagnosis menghidap penyakit autoimun.

Ashanty menerusi kenyataan rasminya, menganggap penyakit berkenaan adalah teguran daripada Tuhan supaya dia lebih memberikan perhatian terhadap kesihatan dirinya.

Ashanty bersama Anang dan anak-anaknya. Gambar sumber Grid id

Memandangkan autoimun penyakit yang jarang didengari, media Indonesia bagaikan tertarik mencari penjelasan mengenainya sekali gus mengaitkan nama Ashanty di dalam laporan berkaitan.

Pasti ramai pembaca di negara ini juga tertarik untuk mengetahui apa itu autoimun dan bagaimana seseorang boleh menghidapnya. 

Apa itu autoimun?

Penyakit autoimun (AI) ialah penyakit yang menyebabkan sistem imunisasi tubuh seseorang menyerang sel atau tisunya sendiri. Ini berlaku kerana sistem pertahanan badan gagal membezakan sel atau tisu badan dan menanggap sel terbabit sebagai sel asing, sekali gus menyerang pelbagai organ dan tisu.

Sebenarnya sistem imun tubuh adalah sistem yang berfungsi untuk melindungi tubuh daripada ‘ancaman’ yang membahayakan tubuh seperti jangkitan bakteria, virus dan fungus.

Satu teori menarik dikemukakan seorang pakar penyakit autoimun dari Amerika Syarikat, Dr Stephen B Edelson yang menyatakan penyakit autoimun adalah kombinasi antara faktor genetik dengan persekitaran. Faktor genetik menyumbang pada penyakit autoimun dan dipengaruhi oleh keadaan persekitaran.

Pakar perubatan alam sekitar,  Dr Thomas Nissen, pula berpendapat semua manusia mempunyai faktor genetik yang cenderung pada sesuatu penyakit.

Jika seseorang terlalu lama terdedah kepada persekitaran yang tidak sihat (toksin) ia akan mencetuskan pembentukan radikal bebas dalam tubuh manusia.

Radikal bebas ini akan mengubah pH tubuh manusia yang memudahkan virus, bakteria dan fungus untuk hidup, serta merangsang pembentukan radikal bebas yang berperanan merosakkan sel-sel dalam tubuh manusia. Keautoimunan akan terhasil apabila sistem imun badan bertindak menyerang sel-sel yang rosak ini.

Tanda-tanda seseorang mungkin menghidap autoimun:

1. Susut berat badan

2. Sakit sendi, sakit otot atau kelemahan otot

3. Sukar untuk memberikan perhatian atau tumpuan

4. Ruam yang berulang, amat sensitif pada cahaya matahari, ruam berbentuk rama-rama pada hidung dan pipi.

5. Rasa letih, berat badan bertambah atau tidak tahan sejuk.

6. Rambut gugur ataupun keputihan pada kulit.

7. Kekeringan pada bahagian mata, mulut dan kulit.

8. Kebas pada bahagian tangan dan kaki.

9. Kerap mengalami keguguran

Keguguran rambut dalam kuantiti yang banyak antara tanda mungkin diserang autoimun. Gambar hiasan/NSTP 

Pencetus atau penyebab autoimun:

Secara realitinya penyebab penyakit autoimun hingga saat ini belum diketahui meskipun beberapa teori telah diutarakan. Secara umumnya penyakit autoimun disebabkan oleh faktor-faktor berikut:-

1. Sejarah keluarga yang mempunyai penyakit autoimun.

2. Jantina dan status hormon (75 peratus penyakit autoimun berlaku dalam kalangan wanita)

3. Jangkitan virus atau bakteria

4. Pendedahan pada persekitaran dan bahan kimia toksik

5. Tekanan (stres) dan trauma

6. Merokok

7. Kekurangan nutrisi

Enam daripada 13 penyakit yang berkaitan dengan autoimun antaranya:

1. Alopecia Areata

Penyakit ini berlaku apabila sistem imun pesakit menyerang folikel rambut iaitu struktur tempat tumbuhnya rambut. Ini akan menyebabkan keguguran rambut sehingga menimbulkan tompok-tompok botak pada kepala. Selain keguguran rambut, pesakit juga merasakan gatal-gatal atau rasa terbakar pada kulit kepala.

2. Psoriasis

Psoriasis ialah penyakit autoimun yang menyerang kulit. Penyakit ini mempengaruhi sel kulit hingga sel kulit baharu menjadi matang terlalu cepat sehingga sel-sel yang sudah tua tidak gugur menyebabkan penimbunan sel-sel pada permukaan kulit. Ini akan menyebabkan inflamasi, tompokan dan bersisik terutama pada bahagian kulit kepala, lutut, punggung atau pergelangan tangan.

3. Penyakit Grave

Ini adalah penyakit autoimun yang menyerang kelenjar tiroid iaitu kelenjar di leher yang menghasilkan hormon tiroid.

Foto: Health Prep

4. Penyakit Hashimoto

Berbeza dengan penyakit Grave, penyakit Hashimoto umumnya menyebabkan kelenjar tiroid kurang aktif (hipotiroid) sehingga tidak menghasilkan cukup hormon tiroid. Gejala yang akan timbul antaranya adalah peningkatan berat badan, gangguan emosional, keletihan tanpa sebab yang jelas, sukar untuk mengingati sesuatu serta mengantuk.

5. Penyakit Celiac

Celiac adalah sejenis penyakit autoimun yang menyerang usus kecil hasil daripada intoleransi terhadap produk gluten iaitu bahan yang terdapat dalam gandum. Ini akan menyebabkan gangguan dalam penyerapan sehingga pesakit tidak mendapat gizi yang mencukupi.

Jika penyakit ini berlaku pada kanak-kanak, boleh menyebabkan gangguan pertumbuhan dan perkembangan. Gejala dapat dilihat seperti penurunan berat badan, ketidakselesaan perut, kembung, cirit dan Anemia.

6. Sistemik Lupus Erythematosu (SLE)

Autoimun sering dikaitkan dengan Sistemik Lupus Erythematosu (SLE). SLE merupakan penyakit autoimun yang melibatkan lebih daripada satu organ. Oleh itu kesan dari penyakit ini amat berat kerana melibatkan banyak organ dan gejala-gejala yang timbul adalah tidak spesifik.

Masih banyak lagi penyakit autoimun contohnya diabetes mellitus jenis 1, penyakit inflamasi usus, ankylosing spondylitis atau primary billiary cirrhosis. Namun begitu pada dasarnya semua penyakit autoimun adalah akibat  sistem imun pesakit yang menyerang sistem imun pesakit sendiri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 10 May 2022

Duet Shuib & Siti Nordiana Tular Di TikTok, Peminat Doakan Mereka ‘Berjodoh’

Ngam suara duet Siti Nordiana dengan Shuib, boleh buat lagu bersama nii

Featured Sun, 21 May 2023
Featured Wed, 18 Jan 2023

Keadaan Semakin Pulih, ‘Yes Sir’ Buah Tangan Terbaharu Zamani Buat Peminat

Semakin pulih selepas menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang yang melengkung akibat penyakit skoliosis, penyanyi terkenal Zamani kembali semula mewarnai industri seni tanah air dengan lagu terbarunya berjudul Yes Sir. Lagu ini juga turut dinyanyikan bersama […]

Featured Mon, 13 Mar 2023

Tahniah! Michelle Yeoh Aktres Asia Pertama Menang Anugerah Oscar

Tahniah! Tan Sri Michelle Yeoh menang Oscar

Featured Fri, 5 May 2023
Featured Tue, 6 Dec 2022
Featured Sun, 5 Apr 2020

Berhati-hati beli produk kesihatan dalam talian

Perhatikan label pada kotak pembungkusan