Featured By: Yanie Baharom August 21, 2018 @ 4:00pm

Menjuarai Ratu Cantik Remaja Dunia, Kate Grant Buat Golongan Sindrom Down Bangga!

Gadis ini pastinya bijak meskipun dalam keadaannya yang mengidap sindrom down, sehingga berjaya menjuarai pertandingan Ratu Cantik Remaja Dunia yang diadakan di Portadown.

Kisah Kate Grant, 19,  yang berasal dari Ireland Utara dan keupayaannya menewaskan 40 peserta lain dari seluruh dunia mendapat perhatian masyarakat global.

Selepas memenangi pertandingan itu, Kate mahu orang kelainan upaya yang lain untuk mengetahui bahawa ‘makna kecantikan sebenar adalah siapa diri anda, bukan bagaimana anda kelihatan.’

“Baik hati, belas kasihan dan kecerdasan, itulah kecantikan yang muktamad. Jika itu yang juri lihat dalam diri saya maka saya amat gembira,” kata Kate.

Foto: metro.co.uk

Kate akan terlibat dengan pelbagai sesi fotografi sepanjang tahun ini dan akan dipanggil sebagai juri dan mentor kepada wanita muda pada final pertandingan itu tahun depan.

“Impian saya menjadi kenyataan. Dan impian itu adalah memberi inspirasi kepada golongan muda yang menghidap sindrom down dan kelainan upaya yang lain untuk percaya kepada diri sendiri.” katanya.

Pertandingan itu membabitkan beberapa pusingan antaranya sesi uji IQ bersama panel juri termasuk segmen memperagakan kostum untuk acara catwalk.

Berjalan penuh gaya di atas pentas peragaan bukanlah satu masalah buat Kate apatah lagi sudah terbabit dalam dunia peragaan sejak berusia 13 tahun lagi selain beberapa acara Mingguan Fesyen.

Foto: twitter.com

Terdapat tiga kategori kesemuanya iaitu kanak-kanak, remaja dan gadis berusia 20 tahun ke atas. Malah ia terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa mengira berat, ketinggian atau status perkahwinan dan menyokong Yayasan Make-A-Wish, sebuah badan amal untuk membantu merealisasikan impian kanak-kanak yang berada dalam keadaan kritikal.

Sementara itu, penyokong tegar Kate siapa lagi kalau bukan ibunya, Deirdre menegaskan perjalanan hidup anak perempuannya tidak semudah yang disangka.

Dia sentiasa menghantar e-mel gambar Kate kepada agensi tetapi kebanyakan menolaknya kerana anaknya itu penghidap sindrom down.

Deirdre kemudian memuat naik gambar Kate semasa majlis prom dan bertanya kepada pengikutnya sama ada anak perempuannya boleh menjadi seorang model.

Gambar tersebut dikongsi sebanyak 26,000 kali dan mendapat perhatian pengarah pertandingan tersebut, Taylor-Rae Hamilton yang mempelawa Kate untuk mengambil bahagian.

Sumber:  METRO

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 2 Jun 2022
Featured Wed, 10 Feb 2021

Cara Tukar Kata Laluan Bantuan Prihatin Rakyat Secara Dalam Talian – LHDN

Berita gembira buat pemohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)! Dalam satu kenyataan rasmi, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) mengumumkan mereka yang ingin menukar kata laluan BPR boleh melakukannya di laman web BPR tanpa perlu ke […]

Featured Mon, 19 Mar 2018

Pilih Tarikh Kelahiran Nabi Muhammad, Dato’ Sri Siti Nurhaliza Selamat Lahirkan Puteri Sulung. Tahniah!

Tanggal 19 March 2018 menjadi detik bahagia buat penyanyi tersohor negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza apabila beliau selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota.

Featured Tue, 6 Jun 2023

[VIDEO] Sweetnya! Buat Surprise Lamar Shila Amzah, Ubai MZ Dilabel Lelaki Romantik

Tahniah tau weyh! Vibes sangat do Shilaaaaa 💖💖💖

Eat Travel Tue, 12 May 2020

Solok ikan, kudapan sihat berbuka puasa dan sahur

Sumber protein yang mudah disediakan, enak pula

Eat Travel Fri, 14 Dec 2018

8 Tip Untuk Pelancong Wanita Solo Kekal Selamat Ketika Mengembara Di Luar Negara

Jangan kerana takut, anda tak menikmati pengalaman yang menarik ini!

Featured Mon, 4 May 2020